Nuffnang Ad

Wednesday, 18 December 2013

Masak-masak Adelaide vs Malaysia

Adakalanya rindu sesi masak-masak di Adelaide, maklumlah tak bekerja so explore ajelah mana-mana resepi dikala kebosanan melanda.

Kadang tu bosan makan nasi, beli roti kat Afghan, makan panas-panas dengan Tikka Masala, sedap jugak.

Kalau rajin, singgang Kelantan menjadi pilihan, makan dengan nasi putih di kala winter, memang sedap

 Mee kari yang simple pun boleh jadi sedap time lapar bila winter di Adelaide

Kadang tu, bila tengahari dah masak macam-macam, bila malam terasa nak makan kuih cucur aje, so gigihkan juga mencucur di malam hari, then lepas tu layan MasterChef Australia juga. 

Bila balik Malaysia, mood nak memasak tu mcm nak kena tunggu datang aje. Tak macam di Adelaide, ada aje idea nak masak. Ni ada idea nak masak, tapi bila malas dah menguasai diri, mmg tak boleh la. Tapi nak makan luar selalu pun tak bagus juga, banyak pembaziran yang dibuat, makanan pun kualiti tak sama macam dulu lagi. Ada tu nampak kat menu sangat menyelerakan, bila order then sampai terus putus selera, tak pun harga makanan tak seimbang dengan portion. Nak berniaga tu biarlah ikhlas juga, jgn mengejar untung semata-mata. Now, dah start la masak, antaranya mee bandung

Kadang-kadang breakfast hanya makan croissant yang dibeli di Giant bakery aje, sambil baca magazine dan juga melayang the boys breakfast juga.

Kalau mood terlebih rajin di hujung minggu, masaklah nasi kabsah dan jemput Ayah dan Ibu datang makan dirumah.

Bila hari panas, koktail menjadi pilihan kalau malas nak ke kedai membeli ABC ataupun cendol

Dah nak petang sikit, buatlah kuah durian untuk dimakan dengan roti jala, sambil mengadap keindahan alam di beranda rumah. Tearasa tenang la sikit bila melihat pokok-pokok yang menghijau tu. Ni pandangan depan, pandangan tepi mengadap KLCC, dah pikir nak pi sana pulak, sambil window shopping. 

No comments:

Post a Comment