Nuffnang Ad

Showing posts with label toys collection. Show all posts
Showing posts with label toys collection. Show all posts

Sunday, 8 May 2016

Seharian hujung minggu

Ahad selalunya hari duduk bersengang di rumah sahaja. Layankan permintaan anak-anak. Kalau Ryan permintaan breakfastnya adala soto ayam so bangun seawal pukul 5am untuk menyediakan makanan yang diminta. Minggu depan, menu Danish pula. So dah nak makan soto, kenalah tolong Mummy di dapur.

Ngam-ngam pukul 8 semua pun dah siap dihidang so dah settle semua, barulah kita sekeluarga boleh makan.

Dah settle breakfast, everyone take turn kemas beg sekolah, buku and kasut semua. Pastikan semua kelengkapan sekolah cukup untuk esok hari then barulah boleh main game atau tengok tv. Itupun bukan sepanjang masa, cukuplah 2 jam sahaja.

Dah petang sikit, barulah kita kita keluar makan di mamak pula. Makan roti telur NZ pun dah cukup dah.

Balik rumah, sambung mengemas toys pula yang mana nak diberi kepada orang sebab dah tak main dah sebab umur pun dah besar. Mana yang boleh derma, didermakan. Nak kosongkan kotak-kotak yang we all angkut bawa balik tu.

Tuesday, 15 March 2016

Carboot Sale

Dah banyak kali we all plan nak buat carboot sale, nak menjual pelbagai barangan yang berlambak-lambak we all angkut bawa balik from Adelaide dulu. Mostly barang the boys la, antaranya toys yang dah tak sepadan dengan umur, baju-baju dan juga boot bola.

So awal bulan Januari hari tu we all decided buat jugak la carboot sale ni after dah penuh bilik dengan barang-barang yang tak digunakan lagi. Tak buat jauh mana pun, just buat di depan Hospital Damai, Melawati sahaja.

Seawal pukul 7am dah start buka boot kereta, then I datang lambat sedikit, lebih kurang pukul 8 dan macam nilah keadaannya. Penuh sesak dengan orang ramai yang datang mengunjungi kereta kami.

Keadaan makin hangat terasa bila dah makin ramai yang datang, sampai dah tak terkawal dah dengan tangan bersimpang siur tunjuk sana sini memang havoc kejap. Kesian juga orang lain yang berniaga, tengok aje gelagat orang ramai di tempat kami.

Antara barang yang we all jual, dah malas nak simpan dah

Ini barang yang dibawa balik from Adelaide, masih berada di dalam kotak lagi. Tapi semuanya licin dibeli.

Bukan I sekeluarga aje yang menjual, share bersama my sister and also my sister in law. So ada barang-barang from UK and also Malaysia yang we all jual disini. Mostly adalah mainan kanak-kanak la yang banyak sekali.

Set kasut Timberland ni yang dibeli masa bebudak ni kecik lagi, pakai pun jarang sekali sebab susah nak buka and pakai balik. Pakai pun sekejap-kejap aje.

Game PS3 pun ada juga dijual, tapi ni tidak begitu mendapat sambutan. mungkin orang dah banyak memborong toys.

Apa sahaja yang we all bawa keluar, memang akan ada yang membeli, sampaikan dah bertunggu di boot kereta nak tengok apa lagi yang we all ada. Sampaikan handbag I ni pun ada yang tanya berapa nak jual. Haishhhh, giler kejap dibuatnya tengok situasi ni.

By pukul 11am, dah clear dah mostly our stuffs but still kena tunggu la sebab kereta-kereta lain belum habis lagi barangan jualan mereka. Mujurlah pergi 2 buah kereta, so Daddy Jack yang tunggu, we all anak beranak balik dululah.

Alhamdulillah, hasil kutipan yang memberangsangkan. Semua duit akan dimasukkan ke dalam akaun anak-anak. Ini pun semua mainan mereka so biar mereka yang buat keputusan dengan duit tu nanti. Seronok juga sesekali kita let go barang-barang di rumah, balik pun rasa lapang aje.

Penat sangat sampai rasa tak lalu nak makan nasi so singgah Tim's Cafe and makan sandwich. Hari yang memang penat but yet terasa happy sebab dapat mengahbiskan masa bersama keluarga.

Wednesday, 9 September 2015

Senggang waktu hujung minggu

Waktu hujung minggu adalah yang paling best sekali, boleh bersenang lenang sikit kan. Bangun lambat especiallynya. Tambah best bila ada pulak yang prepare breakfast in bed. 

Taklah berehat sepanjang masa kan, itu malas namanya. Sesekali kena juga mengemas dan membuang mana-mana yang patut dibuang. Sessi mengemas toys adalah yang paling malas sekali, ni koleksi masa Danish masil kecil lagi, tak tahulah nak guna lagi ke tak  bila anak-anak pun dah berumur 7 dan 10 tahun.

Adoiii, ini paling mencabar, antara doktor yang paling takut sekali nak jumpa..dentist. Tapi hari tu tak sanggup sebab sakit sangat rasanya. So nak tak nak kenalah menyerah diri.

Anak bujang sorang ni dah pandai selfie sendiri. Kadang duduk diam aje dalam kereta tahu-tahu dah penuh photo gallery dengan gambar dia aje.

Mana-mana kotak yang masih belum dibuka masa bawak balik from Adelaide lepas, bila buka mesti kotak-kotak mainan budak. Ni beberapa minggu lagi nak sort mana yang patut untuk diberi pada orang sebab ada tu toys yang tak sepadan dah dengan umur masing-masing.

Daddy Jack as usual, gilakan LEGO. Mana-mana kotak LEGO yang masih belum dibuka, dia akan buka and pasangkan then simpan.

Bila petang-petang sikit, ajak semua sekali pergi rumah Ibu yang hanya 5 minit sahaja. Anak-anak main bola di luar dengan kawan-kawan, while I duduk bersembang dengan Ibu di dapur sambil menikmati hidangan minum petang yang disediakan.

Saturday, 11 October 2014

Kegilaan

Semalam dan hari ni  ada WWE Live in Kuala Lumpur and we all dah pun pergi semalam. Nanti update event tu kemudian cos banyak benda yang perlu dibuat hari ini, maklumlah hari Sabtu dan Ahad aktiviti bola tu sudah semestinya. We all sempat juga pergi tengok wrestling secara live masa di Melbourne (2012) dan juga di Adelaide (2013). So katanya yang di Malaysia ni sampai 12 tahun  tunggu.

Figurine yang dikumpul sepanjang duduk di Adelaide dulu, ada lebih kurang 200++ orang wrestlersnya. Ada yang I kenal dan anak-anak pun sampai dah hafal dah nama setiap wretler tu. Tapi ini tak diletakkan di toy room, sayang oiiii. Tunggu ada display cabinet nanti baru boleh letak cantik-cantik dalam almari.

 Daddy pun bukan main sibuk lagi nak buat archive untuk koleksinya.

Selain dari figurine, we all juga mengumpul koleksi title belts.Semua dibeli waktu di Adelaide juga. Some of it we all beli kat kedai, ada tu jumpa kat Sunday Market aje.

Hah, ni title yang sebenar and real. Berat Ya Rabbi sampai lenguh bahu and tangan nak pegangnya. Hari tu dah ke IKEA, sempat jugalah beli display cabinet untuk ini, so now sesiapa nak tengok, just tengok dalam almari kaca ajelah.

Sunday, 29 December 2013

Frozen

Cuaca yang sangat baik bila we all nak keluar menghabiskan masa bersama keluarga di hujung minggu. Tak plan pun nak keluar, just pagi tu lepas breakfast Daddy Jack ajak keluar, saja bawa the boys jalan-jalan. So, tak ada tempat lain, off to KLCC.

Bawa the boys pergi tengok Frozen after dah lama dok bisik kat telinga sebelum tidur nak pergi tengok Frozen setiap malam. Melompat la gembira dapat tengok wayang. We all tak book pun tiket, main terjah aje and mujurlah show pagi dalam pukul 1130 am tu masih belum penuh.

Sementara menunggu Daddy Jack membeli tiket, so kita pun pusing la satu TGV sambil tengok cerita-cerita best yang akan ditayangkan tahun 2014 nanti. I tak follow sangat The Hunger Games ni, itupun baru lepas tengok The Hunger Games yang pertama, then keluar pulak Catching Fire yang menurut peminat tegar die di Adelaide, lagi best dari yang pertama.

Sementara menunggu pukul show pukul 1130am tu, we all pun pusing-pusing dululah dalam KLCC tu tapi bila Daddy Jack menuju ke rumah hantu ni, I pun tak boleh nak cakap apalah. 3 lawan 1 dah tentulah the boys and bapaknya yang menang. I mengekor ajelah dari belakang.

Jenuh dah kita collect Superheroes punya mask ni Ryan, masih tersusun dalam kotak lagi.

Ingatkan masuh dalam ni, just tengok-tengok, belek-belek mana yang patut, aishhhh diangkutnya pulak sekotak besar LEGO Ninjago ni atas alasan kat Adelaide tak ada, sini baru jumpa.  Harga pun cukup buat Mummy pengsan, RM700 !!!!

Kes merajuk di kaunter bila Danish kena pegang Ryan punya set cos Ryan nak pegang Danish punya Ninjago. Biasa dah kes gini, nanti udahnya keluar tu Mummy jugak yang kena pegang dua-duanya.

Nampak tumbler ni, teringat kat Nadiya Halim di Adelaide yang merupakan peminat tegar Hunger Games ni, 

Sebelum movie start, haruslah beli caramel popcorn dan juga ice lemon tea. Alhamdulillah, the boys enjoyed sangat tengok Frozen walaupun rasa macam cerita yang sesuai untuk girls, but dengan adanya si Olaf tu so taklah rasa macam gegirl sangat, kan.

Lepas movie, then Daddy Jack pun nak tengok barangnya pulak tapi Ryan dah sibuk lapar la apa lah, then sibuk nak makan croissant sedap kat Starbucks ni.

 So tinggallah me and si kerinting ni, sambil makan croissant sedap katanya while Daddy Jack and Danish dok tawaf satu KLCC mencari barang. Entah apa yang DJ cari, I pun tak pasti.

Me and my hazelnut latte, not so badlah if anak sibuk nak makan croissanrt sedap walaupun terasa macam minum di kopitiam aje dah sekarang ni.

Tuesday, 3 September 2013

Another birthday invitation

Birthday invitation yang ketiga bulan lepas, from his classmate, Tino di Kingpin Bowling. As usual, I tak tunggu, just drop him off aje then we all pergilah minum kopi dan lepak for 2 hours kejap.

Ingatkan after 2 hours dah settle rupanya mak birthday boy bermurah hati tambahkan satu frame lagi untuk semua guests, so kenalah kami melepak dalam tu lagi.

  Daddy Jack and Ryan layan main basketball ini dulu sementara menunggu.

Rasanya if bawa the boys pi tempat macam ni kat KL pun, basketball mcm ni juga yang mereka main.



So lepas habis birthday party, singgah Kmart kejap. I yang nak cari barangnya tapi ikut budak-budak ni mereka yang lebihnya. Danish sempatlah grab LEGO Ninjago untuk mencukupkan koleksinya selama ini. So dah settle semua koleksinya.
 
  
Kerinting ni entah macamana boleh terpengaruh pulak dengan Ninja Turtle dah bertambah pulak koleksi LEGO dan juga mainan yang berkaitan dengan Ninja Turle ni. Aishhh, selagi tak balik, kan ada aje yang nak dibelinya.