Nuffnang Ad

Tuesday 15 March 2016

Carboot Sale

Dah banyak kali we all plan nak buat carboot sale, nak menjual pelbagai barangan yang berlambak-lambak we all angkut bawa balik from Adelaide dulu. Mostly barang the boys la, antaranya toys yang dah tak sepadan dengan umur, baju-baju dan juga boot bola.

So awal bulan Januari hari tu we all decided buat jugak la carboot sale ni after dah penuh bilik dengan barang-barang yang tak digunakan lagi. Tak buat jauh mana pun, just buat di depan Hospital Damai, Melawati sahaja.

Seawal pukul 7am dah start buka boot kereta, then I datang lambat sedikit, lebih kurang pukul 8 dan macam nilah keadaannya. Penuh sesak dengan orang ramai yang datang mengunjungi kereta kami.

Keadaan makin hangat terasa bila dah makin ramai yang datang, sampai dah tak terkawal dah dengan tangan bersimpang siur tunjuk sana sini memang havoc kejap. Kesian juga orang lain yang berniaga, tengok aje gelagat orang ramai di tempat kami.

Antara barang yang we all jual, dah malas nak simpan dah

Ini barang yang dibawa balik from Adelaide, masih berada di dalam kotak lagi. Tapi semuanya licin dibeli.

Bukan I sekeluarga aje yang menjual, share bersama my sister and also my sister in law. So ada barang-barang from UK and also Malaysia yang we all jual disini. Mostly adalah mainan kanak-kanak la yang banyak sekali.

Set kasut Timberland ni yang dibeli masa bebudak ni kecik lagi, pakai pun jarang sekali sebab susah nak buka and pakai balik. Pakai pun sekejap-kejap aje.

Game PS3 pun ada juga dijual, tapi ni tidak begitu mendapat sambutan. mungkin orang dah banyak memborong toys.

Apa sahaja yang we all bawa keluar, memang akan ada yang membeli, sampaikan dah bertunggu di boot kereta nak tengok apa lagi yang we all ada. Sampaikan handbag I ni pun ada yang tanya berapa nak jual. Haishhhh, giler kejap dibuatnya tengok situasi ni.

By pukul 11am, dah clear dah mostly our stuffs but still kena tunggu la sebab kereta-kereta lain belum habis lagi barangan jualan mereka. Mujurlah pergi 2 buah kereta, so Daddy Jack yang tunggu, we all anak beranak balik dululah.

Alhamdulillah, hasil kutipan yang memberangsangkan. Semua duit akan dimasukkan ke dalam akaun anak-anak. Ini pun semua mainan mereka so biar mereka yang buat keputusan dengan duit tu nanti. Seronok juga sesekali kita let go barang-barang di rumah, balik pun rasa lapang aje.

Penat sangat sampai rasa tak lalu nak makan nasi so singgah Tim's Cafe and makan sandwich. Hari yang memang penat but yet terasa happy sebab dapat mengahbiskan masa bersama keluarga.

2 comments:

  1. akak kalo nak lego bag letak la kat blog... boleh kiterorang cuci mata....

    ReplyDelete
  2. assalam.
    kalau ada nk buka carboot sale lg uar2kan dkt blog ya 😂
    ruginya baru tau arini.. huhuhu

    ReplyDelete