Jom kita update pasal makan la hujung minggu mcm ni. Esok Danish ada Test 1 so kena quarantine dalam rumah ajelah sebab nak study, tak ada pergi lepak mana-mana pun, tunggu cuti sekolah la kita pi lepak IKEA, sementara tu, kita tatap la gambar makanan aje.
Chilli's day. Selalunya order benda yang sama la, Combo Fajitas, kana 2 orang sebab takkan habis punya.
Birthday party Daniel yang ke 7, sedap bihun sup dan juga kek birthdaynya, Red Velvet.
Sesekali makan nasi ayam popular di Bukit Bintang, Nasi Ayam Chee Meng
Kalau rajin berpotluck di office, serba sedikit makanan dikongsi bersama.
Sementara tunggu Danish training, we all lepak McCafe minum petang dulu.
Kalau ikut Daddy pergi kursus di luar, merasa la tumpang duduk hotel, then pergi buffet breakfast. Selalunya suka sangat omelette ataupun porridge.
Mamak juga tetap menjadi pujaan, tak kisah dimana ceruk pun.
Minum petang dengan kawan-kawan, beli popia, sambil kunyah goreng pisang rangup sambil tunggu nak main badminton.
Ada masa, kalau malas nak masak order aje makanan secara online. Sandwich ni we all order from Garsa Kitche, sedap tau roti-rotinya.
Kalau malas, order aje Dominos's Pizza
Kalau rajin, singgah makan di Kelana Jaya, Kuay Teow Auntie Gemuk yang famous di Wisma FAM. Masih sedap dan sama rasanya.
Sesekali makan di kantin sekolah pun sedap juga. Pelbagai makanan ada.
Lauk simple aje sekadar sup ayam, sambal belacan yang dimasak ramai-ramai bila ada program tapi itulah yang paling sedap bila makan bersembang menguatkan ukhwah sesama insan.
Makan cucur cicah kari daging, terangkat sangat nih.
Bila ada meeting, selalunya makanan yang ringan disediakan mcm bihun dengan karipap beserta teh tarik yang marvellous.
Hanya I sahaja yang makan sushi dirumah ini, so kalau nak makan Sushi King, kenalah pergi dengan member. If teringin sangat beli di Isetan and makanlah sorang-sorangdi rumah. Satu hari nanti nak jugaklah bawak Daddy Jack and the boys makan sushi, kalau tak makan sekadar jadi peneman ajelah. Manalah tahukan ada rezeki nak melancong ke Jepun pulak.
sedap nye semua tu...ada yang lama tak makan...
ReplyDeletehihihihi, betullah, I tengok gambar-gambar ni pun teringin nak makan balik
Delete