Weekend selalunya penuh aktiviti pagi dengan bola di KLFA. Selalu sampai pukul 930am dah settle dah.
Seperti kebiasaan juga, lepas training terus breakfast di mana lagi, tak lain tak bukan di NZ Curry House Wangsa Maju la. Kari kambing depa sangat da bomb !!!
Tengah makan di NZ, tetiba terfikir bestnya kalau buat BBQ macam duduk Adelaide dulu. Walaupun tak ada backyard, depan rumah pun boleh kan. So singgah AEON Big beli beberapa keperluan untuk BBQ.
Ingatkan boleh tunggu malam, tak sabar dah bila Daddy Jack bawa keluar out BBQ set ni so terus ajelah sesi membakar. Memang trasa rindulah berada di Adelaide, tapi kenalah sedar, Malaysia adalah tanah tumpah darah kita. Kenangan tetap kenangan, kan.
BerBBQ sambil minum Barbican memang nyaman di kala cuaca panas ini. Seronok sesekali berbbq ni, lagi seronok bila ada kawan-kawan atau sedara mara sekali barulah meriah suasana disamping mengukuhkan ukhwah sesama kita.
seronok klu boleh ber bbq depan rumah..
ReplyDeletememang seronok, lagi seronok if ada family lain yang join sekali..baru meriah
Delete