Nuffnang Ad

Saturday, 5 March 2016

Diet punya cerita

Sekarang ni kena berdiet la sikit, badan pun dah bertambah beratnya. So ke Celebrity Fitness la kita lepas maghrib setiap hari Jumaat, bersenam dalam 2 jam. 

Habis exercise, singgah Cold Storage, beli apa yang patut. Selalunya cari fruits la sebab buahan-buahan sini selalunya segar dan best. Giler punya harga strawberry ni, dekat RM70 harga satu bekas. Tapi mungkin berbaloi la sebab besar-besar.

Dah beli buah, selalunya mcm bluberries beli frozen ajelah senang nak simpan and tahan lama buat overnight oat aje for breakfast. Dah lama makan overnight oat ni,  gara-gara banyak sangat tengok kat FB, sedap juga and you all kena cuba juga.

Kegilaan I yang terbaru, minum air cold pressed juice from Lajuceria ni. Detox untuk seminggu, memang flush sehabis baik all the fats and toxic dalam badan ni. Selalu kirim dari kawan dulu di Hartamas tapi sekarang dah buka di KLCC, so senang la sikit.

Kalau rajin sikit, boleh la buat green smoothies. I akan share beberapa resepi nanti. Sedap juga sesekali minum smoothies ni, kita blend beberapa sayuran dan juga fruits, ikut resepi from internet.

My overnight oat, letak blueberries and strawberry, sedap sampai menjilat jari. Nasi lemak pun kena lupakan dulu, demi nak kurus punya pasal.

Kalau tak pergi gym, buat exercise sendiri kat rumah aje, skipping ataupun jogging sekitar kawasan rumah pun dah memadai.

Selain berlari atas treadmill, cycling pun best juga di Celebrity Fitness

My kinda overnight oat.

2 comments:

  1. Nampak sedap overnight oat tu. Mahalnya strawberry tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap, cubalah buat. Strawberry tu memang mahal tapi besar-besar bijinya

      Delete