Sesekali terasa juga dapur tu memanggil-manggil untuk berasap kan. Lately jarang betul nak makan nasi, mungkin dah selalu sangat makan nasi so nak juga tukar selera makan benda lain. So terjadilah menu Laksa Penang. Berpeluh-peluh makan di waktu cuaca panas begini.
Dah dekat petang, barulah keluar berjalan-jalan lepas dah settle mengemas dan juga menggosok baju anak-anak sekolah. Keluar untuk release stress kejap, tak pergi jauh mana pun, KLCC jadi la.
Tempat pertama singgah, di Sun Moulin untuk beli roti dan juga bekalan untuk anak-anak. Selalu belo roti bun sausage aje disini buat bekalan.
Dah lama machine coffe di rumah tidak berfungsi cos capsule nya dah habis so singgah Parkson untuk beli beberapa kotak kapsul mcm Milo, Cafe Latte dan entah apa lagilah.
Tak sah la kalau tak menyinggah di kedai Lego kan, plan konon nak tengok-tengok aje tapi mana boleh tak rembat sekotak dua. Alasan lapuk dah bila Daddy Jack buat alasan kat kedai Lego ni. Faham dah.
Sebelum balik, makan dinner dulu la cos dah balik memang tak akan masak la. Kalau terasa nak makan, just makan roti ajelah. So gitulah citer hujung minggu we all sekeluarga, nothing much to do pun cos weekend selalunya jadual penuh dengan aktiviti bola anak-anak sahaja, then petang la baru ada masa nak berjalan, itupun kalau berkesempatan, kalau tak duduk rumah lepak sambil tengok tv ajelah.
No comments:
Post a Comment