Nuffnang Ad

Monday, 1 October 2018

Hari Sukan Ryan



Cerita dah basi, sekian lama terperap dlm draft box. Cerita hari sukan sekolah Ryan. Tahun ni Ryan berseorangan as Danish dah berpindah ke sekolah menengah but still Danish datang juga, bagi support pada adik dan nak jumpa cikgu lamanya.

Ryan masih dengan Rumah Syahbandar ataupun Rumah Kuning, tapi nampaknya macam kuat juga tahun ni, dengan team kawad yang agak bagus.

Cuaca pun agak panas, pihak sekolah berusaha untuk habiskan awal agar pelajar tidak sakit dan juga tak selesa bersukan dalam cuaca panas.

Pertama kali dapat masuk acara larian bagi Darjah 4, so excited sangat sampai kena beli kasut baru sebab nak lari laju katanya.


Dah leading dah masa pelari kedua, tapi masuk pelari ketiga dah agak lambat sikit tapi tak apa, untuk permulaan dapat tempat ketiga pun dah cukup bagus pencapaiannya.


Tahun depan kita cuba lagi untuk dapatkan gold pulak ya



Daddy Jack ambik gambar dari atas aje, saat I merakamkan moment anak-anak, bila tanya kenapa tak turun, dia kata dah ada zoom lens buat apa turun. So, you bolehlah upload kat IG you gambar-gambar pakai phone you tu...chehhh

No comments:

Post a comment