Semalam dan hari ni ada WWE Live in Kuala Lumpur and we all dah pun pergi semalam. Nanti update event tu kemudian cos banyak benda yang perlu dibuat hari ini, maklumlah hari Sabtu dan Ahad aktiviti bola tu sudah semestinya. We all sempat juga pergi tengok wrestling secara live masa di Melbourne (2012) dan juga di Adelaide (2013). So katanya yang di Malaysia ni sampai 12 tahun tunggu.
Figurine yang dikumpul sepanjang duduk di Adelaide dulu, ada lebih kurang 200++ orang wrestlersnya. Ada yang I kenal dan anak-anak pun sampai dah hafal dah nama setiap wretler tu. Tapi ini tak diletakkan di toy room, sayang oiiii. Tunggu ada display cabinet nanti baru boleh letak cantik-cantik dalam almari.
Daddy pun bukan main sibuk lagi nak buat archive untuk koleksinya.
Selain dari figurine, we all juga mengumpul koleksi title belts.Semua dibeli waktu di Adelaide juga. Some of it we all beli kat kedai, ada tu jumpa kat Sunday Market aje.
Hah, ni title yang sebenar and real. Berat Ya Rabbi sampai lenguh bahu and tangan nak pegangnya. Hari tu dah ke IKEA, sempat jugalah beli display cabinet untuk ini, so now sesiapa nak tengok, just tengok dalam almari kaca ajelah.
No comments:
Post a Comment