Nuffnang Ad

Friday, 24 October 2014

Sehari sebelum Raya Haji

Cerita Raya Haji yang dah basi......

Sehari sebelum Raya Haji, we all ni tak balik Kuantan pun, just nak raya kat KL ajelah tapi tak buat apa-apa preparation pun. So berjalan ajelah kerja kami sekeluarga ni. siap-siap dalam pukul 9 terus la bergerak menuju ke satu tempat. Anak yang kerinting ni membuat drama sebelum raya, tak nak ikut we all ke tempat tu, siap menangis sampai berjuraian air mata "Mummy, I tak nak pergi Mummy, jauh la Mummy"..."Please Daddy, pusing balik, I nak balik". Ke mana lah tu mak pak nak bawa budak ni yer...hmmmm

La nak ke sini aje rupanya. Anak-anak pun sampai dah bosan nak ke sini, mak paknya aje yang masih berjimba dan bersuka ria disini.

Kita breakfast dululah sementara tu. Then kita pergi membeli apa yang nak ditambah lagi di dalam rumah tu yer.

Upahlah ke sini sebab sudi ikut Mummy dan Daddy ke IKEA, so tak membeli apa-apa pun, just tengok-tengok dan pusing aje dalam ni.

Kalau muka berseri macam ni dari tadi kan bagus Ryan. Sejuk mata memandang

So hidangan pagi raya kita ajelah LEGO ni semua ya. Orang lain sibuk memasak pelbagai juadah raya so kita makan LEGO ajelah, kan.

Pukul 5 baru terhegeh-hegeh ke AEON Big untuk membeli barang-barang dapur. Memang malas la nak buat apa-apa pun, duduk rumah lepak depan TV lagi best. Konsep di Adelaide masih diteruskan lagi, bawa beg sendiri tapi disini if kita bawa beg sendiri, kita sendiri yang kena masukkan barang dalam beg, kalau pakai beg plastik dia, cashier yang masukkan.

Memang tak masak apa pun seharian, semua main makan di luar aje, so untuk dinner, kita makan Subway ajelah. Balik rumah, settlekan barang dapur masuk pantry, then bersenang lenang kami anak beranak layan takbir di depan TV sambil makan Garret popcorn.

2 comments:

  1. salam singgah petang sis gina... seronok baca story sis.. hihi.. seronok ryan ye dapat cuci mata kat lego hilang lapar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam singgah
      terima kasihlah cos membaca cerita saya yang mengarut-ngarut ni. Hah la memang seronok, kenyang makan lego aje

      Delete