Dulu masa kat Adelaide, selalu la nampak koala duduk kat pokok di backyard tu, tapi bila balik Malaysia nampak kera pulak dok bergayut kat belakang rumah ni.
Since Daddy Jack tak ada, pergi outstation sepanjang cuti sekolah lepas, I la yang kena menjaga the boys ni sambil memenuhi hari-hari cuti tanpa Daddy dan juga Ayah serta Ibu. Antara aktiviti cuti sekolah lepas mengunjungi Zoo Negera yang dah berapa tahun tak pergi walaupun hanya belakang rumah aje.
Banyak dah perubahan di Zoo Negara ni, tempat gajah pun dah pindah ke tempat yang cantik. Dulu tempat gajah bersebelahan dengan zirafah aje.
Tourist guide hari itu, sibuk nak tengok map la, sambil nak tunjuk jalan
Tarikan utama sekarang ke Zoo Negara adalah panda. Ramai juga yang beratur untuk melihat panda ni. Ada beberapa peraturan yang perlu dipatuhi antaranya tak boleh buat bising, tak nak ganggu panda tu agaknya.
Panda pun nampak macam malas aje, duduk aje di celah-celah batu
Sempat makan dulu dalam cafe disini, sukalah Ryan ada asam pedas ikan dalam ni.
Untuk yang ingin berkunjung ke Zoo Negara, ini adalah harga tiket terkini. Boleh pilih if nak tgk panda so kenalah bayar mahal sikit. Tapi not so bad lah, Zoo pun dah berwajah baru, banyak perubahan dan kandang haiwan pun dah besar serta cantik-cantik. Kalau boleh, pergi seawal yang boleh, kalau lambat takut cuaca panas serta ramai orang.
No comments:
Post a Comment