Nuffnang Ad

Thursday, 16 October 2014

An adventure with Mummy

Another adventure bersama Mummy, naik LRT untuk berjalan-jalan. Danish dah pernah naik LRT and Ryan baru pertama kali menaikinya.

Destination utama, haruslah KLCC. Ini aje yang Mummy boleh bawak, kalau nak pergi tempat lain mmg jgn diharaplah. Mlas nak bersesak-sesak. Lagipun memang dah janji nak bawa ke KLCC aje cos ada satu tempat yang nak dituju.

Singgah breakfast dululah di The Loaf Avenue K. Makan kenyang-kenyang sikit so nanti nak pergi jalan-jalan tak gaduh lapar sana sini.

 Lepak lama sikit la kat sini, sambil menunggu tempat yang dituju dibuka

Kalau berjalan dengan Mummy, tak ada chance la nak pakai jersey ataupun kasut bola, kena ikut style gaya Mummy jugaklah so Doc Mart la kita hari tu.

Nak ke sini sebenarnya, Dinoscovery. The boys ajak ke Aquaria tapi sure ramai orang so kita ke sini ajelah. Alhamdulillah, tak ramai orang pun although cuti sekolah.

Hahahahha, belum apa-apa lagi dah takut. Kuat betul pegang tangan masa tengok video dinasour tu.

Kat dalam tu tak boleh nak ambil gambar, even nak curi-curi ambil pun segan so lepas settle tengok all the exhibit kat dalam tu, barulah kita keluar bergambar.

Tak tahu la kat sini ada cafe, kalau tahu lepak kat sini. Cantik juga the cafeteria ni, nampak cosy sangat.

One of the replica yang berada kat luar ni. Bergambar la di bawah badan dinasour ni. If real, I pun takut jugak, besar ya amat.

 
Sementara menunggu Mummy sibuk nak ambil gambar sana-sini, sempatlah bermain kejap dengan some board yang disediakan.

Pada sesiapa yang nak berkunjung, Dinoscovery ini masih dibuka sehingga tahun depan, Feb 2015. Masih boleh datang melawat. Memang best, banyak benda yang budak-budak boleh belajar kat dalam about dinasour.

Lepas pusing-pusing sekitar Avenue K, singgah pula ke Kinokuniya. The boys sibuk nak mencari buku and I pun sama juga nak mencari buku hasil tulisa one of my students masa di Unisel dulu.

Bangga jugalah bila ada student yang dah berjaya di dalam kerjaya serta life masing-masing. I will review the book kemudian ya.

Tak cukup dengan buku, diajaknya pula ke Toys R Us, layankan ajelah since Daddy tak ada so kenalah bagi depa ni enjoy habis-habisan.

Pilih apa yang minat ajelah, lepas tu cari yang harga between Mummy punya budget aje, nak lebih-lebih tunggu Daddy balik aje.

Lama-lama perut terasa lapar so makan di foodcourt ajelah senang. Dah lama teringin nak makan kat Fuel Shack tu, asyik panjang aje beraturnya sampai fed up tapi kali ni pergi tak ramai so dapat mencuba burgernya itu. Memang sedap rupanya, lagi sedap dari Chilli's. Patutlah beratur panjang. Kena cuba yang lain juga nanti.

Nak balik, singgah H&M pulak cos masing-masing sibuk nak beli baju dan juga undies masing-masing.

Ingatkan dah settlelah lepas balik from KLCC tu, ada juga aktiviti tambahan malam , tengok wayang Planes 2 di Festival City pulak. Not so badlah ceritanya, menarik untuk kanak-kanak dan keluarga.
 

1 comment: