Nuffnang Ad

Saturday, 25 October 2014

Kisah raya haji kami

Malam raya masih bersenang lenang lagi di atas katil, sambil menonton EPL.

Pagi Raya, lepas solat bergegas semua ke NZ untuk breakfast...ya, pagi raya breakfast di kedai mamak sampaikan mamak pun heran tengok we all satu family yang tak mood nak beraya. Kebetulan pulak semua mamak-makak tu baru balik dari masjid, semuanya tengah dok melepak makan. Ada pula buat acara korban kambing disini, so hanya memandang dari jauh ajela.

Breakfast raya kami anak-beranak

Dah settle breakfast, bersiap-siap untuk pergi beraya pada sesiapa yang sudi menerima kami sekeluarga ni.

Macam Ryan cakap "Raya Haji untuk mereka yang pergi Haji aje, yang tak pergi Haji duduk rumah diam-diam aje"

Malam tu, beli KFC sambil menonton game Manchester  United yang berkesudahan memang 2-1.


Cuti raya haji tahun ni dapat 2 hari cos Raya jatuh hari Ahad so Isnin tu masih bercuti lagi, terbuka lah hati nak ajak family members datang beraya di rumah kami pulak. Pagi bangun untuk sarapan dulu, tak sempat dah nak carik nasi lemak..makan roti dengan jem aje sudah.

Nasi Arab la menu utama, tetamu taklah seramai macam di Adelaide dulu, just family members sahaja.

Dah lama tak makan Laksa Johor, last makan masa di Adelaide dulu. Laksa Johor yang remehnya time nak kisahkan timun dia tu, bukan macam makan laksa asam, ni nak kena ada teknik betul untul ulam timunnya.

 Kebetulan baru beli oven, hah jom la kita try dengan membuat kuih bakar dulu

Hadiah harijadi Danish yang ke 8 masa we all masih di Australia, ni baru nak guna buat pertama kalinya di sini.

Hari Selasa pun anak-anak masih bercuti lagi so kita breakfast dengan Laksa Johor dan juga spaghetti leftover, just heat up the sos pasta, settle breakfast dan juga lunch kami anak-beranak.
 

No comments:

Post a Comment