Nuffnang Ad

Showing posts with label dating game. Show all posts
Showing posts with label dating game. Show all posts

Monday, 25 December 2017

Hujung minggu ke Pavi

Weekend adalah waktu berjalan, kalau tak bawa the boys we all jalan berdua sajalah. The boys kalau tahu we all ada tujuan nak keluar berjalan pilih duduk rumah ajelah sbb tak nak jalan pusing-pusing cos bosan katanya. So kali ni we all keluar berdua ajelah.

Singgah Madam Kwans dululah untuk makan lunch, actually dah lambat pun dalam pukul 230pm baru nak makan, mana taklah masuk angin semua.

Masuk JD Sports, tengok-temgok kasut running untuk tahun 2018. Kasut yang ada sekarang ni dah lanyak dekat setahun dah so kena mencari kasut baru jugak ni cos banyak running events yang nak join tahun 2018 ni.

Oops ada keluar new collection, so hehehehhehe terima kasih Daddy Jack. Sayang you ketat-ketat.

Sebenarnya Daddy Jack tak tahu, I pun ada beli online juga, hahahahha so dapat menambahkan koleksi jugaklah my Oops ni.

Masuk Zara juga cos Daddy jack nak tengok baju kerja dia, nampak kasut ZARA ni lebih kurang sama aje dengan my sister buatkan, harga dekat RM200 lebih sedangkan my sister jual hanya RM99 sahaja. 

I dah tawaf and belek-belek baju kat bahagian perempuan and Daddy Jack tak settle lagi memilih baju kerja dia. Dia memang akan beli baju kerja disini, nampak style sikit. Tapi ada masanya baju Zara ni pun macam tak begitu cantik design dia so Daddy Jack akan ke Padini atau Mango Men pula.

Wednesday, 1 November 2017

Berdua sahaja

Kadang-kadang tu bila anak-anak dah besar, nak ajak keluar sekali memang payang. They all duduk rumah main games and tengok TV aje. Kalau keluar pun memanjang suruh balik awal aje. So dah macam tu, we all keluar berdua ajelah mencari mana-mana barang yang we all nak. Selalunya temankan Daddy Jack mencari baju kerjanya la.

Sebelum keluar, biasanya dah siapkan dulu makanan untuk makan semasa we all keluar tu. Maid pun ada tolong tengokkan apa yang patut juga nanti.

Berjalan-jalan tu, terjumpa pula dengan jalapeno ni, katany agak pedas juga. Belum pernah cuba lagi, beli and nanti nak cuba jugaklah.

Bulan Oktober adalah birthday Ryan, so kenalah mencari tempat nak buat birthday party dia pulak. Pilihan dia nak buat tournament bola, so tempat yang we all tahu hanya di Padang@1 Utama ajelah.

Seronok la bila tahu H&M dah ada make up section, lama dah mencari brush so kat sini ada banyak collection brush juga. Nanti nak mencari jugalah beberapa brush yang masih belum ada.

Kalau nak main game, time the boys ada memang selalu tak dapat peluang la, kena bangun seawal pagi masa Subuh untuk main game tu untuk satu set aje pun dah cukup bagus dah.

Sekarang ni kalau nak breakfast sedap sikit boleh ke Village Grocer for American breakfast, sedap juga and portion pun besar. Normally, I share dengan Daddy Jack ajelah tak habis.

Petang sikit, aktiviti berjogging seperti biasalah, tak pernah miss walaupun hanya dapat 2km sahaja.

My eat clean menu, ikan bakar, terung rebus dan juga peria goreng dengan telur. Dah dekat 38 hari I mengamalkan program eat clean ni, nampak berkesan juga pada badan ni, adalah susut sedikit. Insyallah akan diteruskan untuk 100 hari.

Saturday, 2 September 2017

Berdua saja

Hujung minggu kadang-kadang hanya me and Daddy Jack sahaja yang menghabiskan waktu bersama. The boys, Danish ada extra class and Ryan memang jarang nak ikut, suka duduk rumah tengok TV aje. So, dah tak nak ikut, kita keluar ajelah. Memula singgah breakfast dulu, makan roti canai di Choice dulu.

Kali ni pergi ke KLCC kejap, nak mencari hadiah untuk satu majlis perkahwinan. Tapi sebelum tu menyinggah kejap kat Isetan Hall sebab ada jualan perfume yang murah.

Senang beli kristal ajelah, malas nak pergi memilih set pinggan mangkuk, sebab senang tak perlu nak bawa hadiah berat-berat ke majlis nanti.

Daddy Jack banyak kali komplen nak mencari baju kerja, singgah Zara Men kejap mencari kut la ada yang berkenan. Tapi Zara Men di KLCC tak banyak pilihan macam di Pavillion. Kena tunggu la pulak, bila masa nak ke Pavillion.

Sementara menunggu Danish habis extra class, sempat la kejap makan laksa dan cendol durian di tepi gerai sekolah Danish. Tempat baru, jual laksa yang jarang boleh didapati di KL ni. I try laksa telur sarang yang super duper sedap.

Jom la ke Mowla, berdekatan dengan area BMI Gombak ataupun UIA Gombak. Memang tidak menghampakan.

Monday, 12 June 2017

Mencari idea deco Raya

Dah nak dekat-dekat Raya ni selalunya mood mengemas rumah pun membuak-buak jugaklah so antara temat yang paling senang nak dapat idea mendeco ni tak lain tak bukan ke IKEA la kita nampaknya. Tahun ni pun still ada raya collection yang dipamerkan di ruang masuk showroom.

Meja makan pun kenalah nampak presentable untuk menyambut tetamu datang makan

Pagi-pagi lagi we all dah ke IKEA, so orang tak begitu ramai lagilah so seronok la jalan-jalan tanpa kesesakan di dalamnya.

Buffet Ramadan IKEA kembali lagi, tapi we all terawal pula perginya so kena tungg hari lain pula nak datang berbuka disini.

Tak dapat makan meatballs time puasa-puasa ni so kita buatlah makanan ala-ala IKEA untuk berbuka nanti. So singgahla ke Food Market kejap membeli pelbagai barangan.

Lauk sahur pun dah ready, asam pedas ikan kembung telah tersedia. If ada yang nak makan time berbuka pun tak jadi masalah, nasi semua dah siap masak juga.

Juadah berbuka ada Swedish people, all from IKEA Food Market, so ada tambahan fish and chips dan juga ayam panggang juga.

Keesokannya , ke SSF pula tengok kut ada apa-apa barang decor lain yang berminat juga. Bagus juga bila time raya ni. semua tempat decor rumah kita boleh lawati.

Menyinggah Cold Storage untuk membeli barangan masak untuk berbuka. Walaupun tak prepare apa nak masak, kadangkala pergi aje supermarket, secara automatik kepala akan terpikir nak masak apa.

Segarnya ikan-ikan kat sini, tapi tak membeli pun cos stok ikan masih bertahan until minggu depan lagi banyaknya.

Friday, 3 March 2017

Art break

Kadang-kadang breakfast yang simple pun boleh jadi sedap. Cukuplah roti sapu butter dan juga scrambled eggs. Cukuplah bertahan sampai tengahari.

Kalau Daddy Jack ada kerja luar, sesekali mengekor juga dia. Ada sekali tu ikut dia ke Balai Seni Lukis Negara, satu tempat yang agak jarang we all pergi walaupun masing-masing orang seni visual.

Ada macam Art Exhibition kat sini, semua hasil seni dipersembahkan dan juga ditunjukkan disini dari orang perseorangan, sekolah ataupun kelab seni. Since doodling dah jadi macam satu trend, so ada disediakan satu ruangan khas untuk mendoodle.

Banyak hasil karya yang ditunjukkan, samada yang moden atau yang klasik

Orang pun tak ramai, biasalah kalau bab seni-seni ni sambutan agak kurang memberangsangkan sikit. 

Seni memang unik, tak semestinya dilukis atas kertas lukisan. di buah kelapa pun boleh jadi hasil seni juga.

Ada pula gandingan Darth Vader dan Storm Trooper disini

Masih ada juga yang berkarikatur secara manual

Hasil seni Puncak Purnama hasil Syed Ahmad Jamal yang kontroversi sedikit masa lalu. Hasil runtuhan itu diletakkan di BSLN.

Cantik persekitaran BLSN ni, mungkin akan membawa anak-anak ke sini semula

Cantik juga sesekali kelas seni buat model 3D macam ni

Ada tempat lepak rupanya kat atas ni, nampak macam best semua makanan esp yang goreng-goreng

Sambil makan, tengok orang-orang dibawah yang lalu lalang

Cool betul tong sampah ni, ini pun boleh boleh jadi hasil seni

Nanti boleh buat jugalah kat sekitar sekolah

I wish I pun ada idea nak dapatkan balik mood untuk melukis ni

Tak masuk pun galeri dalam BSLN ni, lain kalai kalau berkesempatan datang lagi haruslah menjenguk disini kejap.