Nuffnang Ad

Showing posts with label my Kuala Lumpur. Show all posts
Showing posts with label my Kuala Lumpur. Show all posts

Friday, 3 March 2017

Art break

Kadang-kadang breakfast yang simple pun boleh jadi sedap. Cukuplah roti sapu butter dan juga scrambled eggs. Cukuplah bertahan sampai tengahari.

Kalau Daddy Jack ada kerja luar, sesekali mengekor juga dia. Ada sekali tu ikut dia ke Balai Seni Lukis Negara, satu tempat yang agak jarang we all pergi walaupun masing-masing orang seni visual.

Ada macam Art Exhibition kat sini, semua hasil seni dipersembahkan dan juga ditunjukkan disini dari orang perseorangan, sekolah ataupun kelab seni. Since doodling dah jadi macam satu trend, so ada disediakan satu ruangan khas untuk mendoodle.

Banyak hasil karya yang ditunjukkan, samada yang moden atau yang klasik

Orang pun tak ramai, biasalah kalau bab seni-seni ni sambutan agak kurang memberangsangkan sikit. 

Seni memang unik, tak semestinya dilukis atas kertas lukisan. di buah kelapa pun boleh jadi hasil seni juga.

Ada pula gandingan Darth Vader dan Storm Trooper disini

Masih ada juga yang berkarikatur secara manual

Hasil seni Puncak Purnama hasil Syed Ahmad Jamal yang kontroversi sedikit masa lalu. Hasil runtuhan itu diletakkan di BSLN.


Cantik persekitaran BLSN ni, mungkin akan membawa anak-anak ke sini semula

Cantik juga sesekali kelas seni buat model 3D macam ni

Ada tempat lepak rupanya kat atas ni, nampak macam best semua makanan esp yang goreng-goreng

Sambil makan, tengok orang-orang dibawah yang lalu lalang

Cool betul tong sampah ni, ini pun boleh boleh jadi hasil seni

Nanti boleh buat jugalah kat sekitar sekolah

I wish I pun ada idea nak dapatkan balik mood untuk melukis ni

Tak masuk pun galeri dalam BSLN ni, lain kalai kalau berkesempatan datang lagi haruslah menjenguk disini kejap.

Tuesday, 21 February 2017

Berjaya Times Square

Macam tak percaya bila bangun tidur tengok pemandangan Menara KL di waktu pagi, jalan pun masih tak jem lagi maklumlah cuti sekolah. So masih bercuti lagi semuanya termasuklah we all. Daddy Jack pergi meeting so we're on our own la mencari breakfast sendiri.

Turun breakfast lambat sikit cos tak nak bersesak-sesak dengan team bola dan juga orang ramai. Dalam pukul 9am tu just nice la turun cos dah tak ramai orang dah.

Dah alang-alang hotel dekat dengan Times Square, so we all berjalan kaki menuju ke sini. The boys sibuk nak mencuba main indoor playland ni. I pun tak pernah sampai ke sini sepanjang TS dibuka sebab lebih kurang macam Sungei Wang aje katanya.

Ramai juga pengunjung datang ke sini, tapi sedihnya mainan agak terhad untuk bebudak sebaya Danish. Nak main roller coaster tak berani nak bagi dia naik sorang-sorang so kenalah temankan Ryan main hos ride aje.

Macam bumper car ni hanya limit umur Ryan aje yang boleh main

We all bertiga naik la Merry Go Round ni, mau pitam dibuatnya dok pusing-pusing

Ni pun Ryan aje yang naik, we all duduk tengok dia aje

Tak lama pun we all kat indoor playland tu, semua cakap macam tak best macam Legoland cos semua boleh main. Memang la, kan. Nantilah bawa pergi tempat yang adventure sikit, dah tak sesuai agaknya dengan umur main indoor playland ni. So, first time juga mencuba Wendy's ni, ayam sangat crispy la.

Than, dah pukul 4, Daddy Jack tanya mana perginya tak balik-balik lagi...heheheheh, orang meeting dah balik bilik dah, yang menyukat jalan belum sampai lagi. Sebelum balik singgah beli Starbucks and something light nak makan sebelum dinner malam nanti.

Masing-masing dah malas nak turun makan so kita order room service ajelah. Makanan order 2 aje, kita share sama-sama ajelah. Portion pun nampak besar tu. So sambil makan boleh main UNO sekali.

Monday, 13 June 2016

Jalan TAR....lagi

Cuti sekolah lepas, adalah jejak lagi ke Jalan TAR, bukan nak shopping baju raya tapi nak menyiapkan folio sejarah Danish yang kena buat psl nama-nama tempat/jalan yang menggunakan nama sultan, so Jalan TAR adalah salah satu tempatnya.

Just nak ambik gambar suasana di Jalan TAR sahaja, bukannya sampai nak intervies semua orang. After all pergi pagi-pagi so orang memang tak ramai pun, menjelang tengahari baru ramai sebab lunch hour, kan.

Bergambar di papan tanda jalan untuk membuktikan dalam folio yang dah buat kajian disini.

Kalau dah ke Jalan TAR, mana boleh tak menyinggah makan nasi beriyani Insaf, kan walaupun rasa harga agak cekik darah tapi kalau dah terasa nak makan tu, redah ajelah.

Balik tu, singgah KLCC kejap cos mencari sneakers for Danish. Banyak betul kasut-kasut dia yang dah tak muat dah, cepat sangat membesar kakinya. Even kasut yang we all beli saiz besar dari Adelaide dulu pun dah tak muat dah. 

Thursday, 26 May 2016

Berjalan seketika

Kalau ada masa free, ikut Ibu pergi jalan-jalan sekitar Jalan TAR. Adakalanya menemankankan mencari jubahlah, tudung la, kain pasang dan macam-macam aktiviti lagi.

Kebetulan masa ikut tu, I berpusa so beli pau frozen buat buka puasa nanti ajelah. Sedap sungguh pau yang dibeli di area KWSP ni, lembut dan gebu aje.

Dah lama tak naik public transport. Sesekali naik esp bila pagi-pagi terasa kenangan masa bekerja di Shah Alam dulu.

KL Sentral dah banyak perubahan sekarang, banyak kedai-kedai yang dah dibuka. Tambah pula ada Nu Sentral, lagi happening dengan pelbagai tempat makan dan juga cafes.

You all pernah makan Puding Raja? I tak berapa reti nak makan sebab katanya manis ya ampun. Entah, sejak Ibu memperkenalkan makanan ni belum pernah rasa nak mencuba.

Di kala panas-panas ni, roti aiskrim menjadi pilihan. Tambah pula dengan chocolate sauce dan juga kadang, memang best. Makan 2 keping pun tak sedar diri.

Monday, 23 May 2016

Di hujung minggu

Hujung minggu adalah hari untuk berjalan-jalan bersama keluarga. Jarang we all duduk rumah seharian, selalunya keluar makan ataupun membeli barang. Janji dapat keluarkan, kalau terperap aje dalam rumah bosan jugak.

Tempat yang selalu dikunjungi tak kisahlah kalau pergi mana-mana shopping adalah di KEDAI SUKAN !! Tak pernah tak miss pergi kedai sukan. Selalu yang dibelek adalah boot-boot baru yang latest dan juga beberapa peralatan sukan yang lain.

Kalau ke Pavillion, suka makan di Serai, Level 6.Makanan agak banyak pilihan berbanding dengan Madam Kwan's tapi both ada menu tersendiri. Madam Kwan's terkenal dengan Nasi Bojarinya manakala Serai dengan Nasi Kerabunya.

Makan petang di NZ pulak. Maklumlah makanan tengahari dah terbakar kalorinya  so makan yang ringan-ringan ajelah. 

Ringan tak ringan jugaklah makanan yang diorder. Tapi bukan sepinggan sorang, share sesama kita aje. So taklah membazir kan.

Balik, tolong Daddy basuh kereta pula sementara belum petang sangat. Sambil tu dapatlah main-main air dan siram pokok bunga Mummy, kan.

Malam pulak, terlebih rajin nak membuat dendeng daging hasil resepi mak mertua. So, berketuk-ketuk la memalam hari tu menyediakan juadah dendeng yang nak dimakan dengan nasi impit.