Hujung minggu adalah hari untuk berjalan-jalan bersama keluarga. Jarang we all duduk rumah seharian, selalunya keluar makan ataupun membeli barang. Janji dapat keluarkan, kalau terperap aje dalam rumah bosan jugak.
Tempat yang selalu dikunjungi tak kisahlah kalau pergi mana-mana shopping adalah di KEDAI SUKAN !! Tak pernah tak miss pergi kedai sukan. Selalu yang dibelek adalah boot-boot baru yang latest dan juga beberapa peralatan sukan yang lain.
Kalau ke Pavillion, suka makan di Serai, Level 6.Makanan agak banyak pilihan berbanding dengan Madam Kwan's tapi both ada menu tersendiri. Madam Kwan's terkenal dengan Nasi Bojarinya manakala Serai dengan Nasi Kerabunya.
Makan petang di NZ pulak. Maklumlah makanan tengahari dah terbakar kalorinya so makan yang ringan-ringan ajelah.
Ringan tak ringan jugaklah makanan yang diorder. Tapi bukan sepinggan sorang, share sesama kita aje. So taklah membazir kan.
Balik, tolong Daddy basuh kereta pula sementara belum petang sangat. Sambil tu dapatlah main-main air dan siram pokok bunga Mummy, kan.
Malam pulak, terlebih rajin nak membuat dendeng daging hasil resepi mak mertua. So, berketuk-ketuk la memalam hari tu menyediakan juadah dendeng yang nak dimakan dengan nasi impit.
No comments:
Post a Comment