Sesekali dapat bercuti bersama keluarga besar amat menyeronoknya. Dah lama kami sekluarga tak pergi bercuti bersama-sama. Dapat pergi PD pun dah besar hari dah dapat spent time dengan Ayah dan Ibu serta adik beradik yang lain juga.
Beriadah petang sementara menunggu Ayah dan Ibu bersiap untuk berjalan-jalan sekitar bandar PD.
Since we all pergi hujung minggu, Sabtu adalah hari pasar malam so lepak pasar malam sambil membeli makanan untuk makan malam. Nampak meriah pasar malam ni dengan pelbagai jualan makanan.
Even nasi lemak bungkus pun nampak sedap juga.
Pagi kedua bercuti di PD, dah ada rancangan meronda kawasan sekitar tapi kenalah breakfast dulu kasi kenyang then baru lah boleh memulakan our adventure.
We all decided nak berjungle trekking di Tanjung Tuan bersama-sama anak-anak semua, bagi mereka mengenali nature sikit sambil beriadah pagi.
Cantik betul pemandangan di kaki bukit Tanjung Tuan ni, mendamaikan
Perjalanan diteruskan walau ada yang dah buat drama letih la, mintak dukung la, paling tak tahan lapar sangat. Mujur dah sediakan bekalan makanan dalam beg magic Daddy tu.
Sampai juga di penghujung, nampak pula abang-abang nelayan yang berehat sebentar sambil membasuh jala mereka.
Hari terakhir sebelum balik ke KL sempat juga ke Anjung Tinjau untuk melihat sekitar kawasan Port Dickson. Dah banyak resort yang cantik-cantik disekitar PD ni, salah satunya Lexis Hibiscus ni. Nanti nak merancang duduk disini jugak la.
Sebelum check out, kita breakfast dulu then baru gerak balik KL balik. Tak nak balik lambat-lambat cos nanti jem yang boleh stress dibuatnya. Tak sabar bak pergi bercuti ranai-ramai lagi, walaupun hiruk pikik tapi best.
No comments:
Post a Comment