Bila hari cuti memang seronok la dapat meluangkan masa bersama keluarga tercinta. So bangun pagi prepare breakfast untuk semua. Tak payah lagilah pergi makan kat kedai merata, duduk rumah sambil tu boleh kemas-kemas apa yang patut.
Selain tu, dapat prepare healthy breakfast untuk diri sendiri juga, kalau makan di mamak, berkalori la naik badan ni tambah pula makan roti telur dan juga teh tarik.
Tengahari masak simple, ikan pekasam dan juga sup ayam pun cukup menyelerakan. Tambah pula nak puasa ni, so stok makanan yang simple kenalah banyak sikit.
Dah settle semua kerja rumah, mengisahkan kebun mini pula. Setakat ini sempat menanan pokok mint dan juga daun kesum sahaja. Pokok kari dan pokok limau dibelakang rumah, pun belum sempat nak tengok.
Malam seperti biasa, training bola. Walaupun cuti, training tetap berjalan seperti biasa.
Mencuba barbershop baru di Melawati mwt53100 di Fasa 6, dah ada yang dekat, tak perlulah pergi sampai ke TTDI lagi. Tapi mungkin baru so the service sangat lambat sikit. Hopefully dapat diperbaiki lagi.
No comments:
Post a Comment