Nuffnang Ad

Tuesday, 10 May 2016

KL Cup 2016

2 minggu lepas, the boys ada KL Tournament Cup di KLFA. Bangun seawal pagi untuk game bagi Ryan manakala Danish punya game start pukul 12tghari.

Sesi pagi berjalan dengan baik, entah macamana Ryan kena jadi goalkeeper pulak. Tak kisahlah, janji dapat elakkan beberapa biji bola yang masuk.

As for Danish, game bermula di tengahri yang terik, stamina memang kena kuat dan juga sentiasa minum air agar tenaga tidak berkurangan.

As for me, we all yang mak-mak ni siap berpotluck tepi padang lagi tapi makanan pun taklah berat mana, sekadar yang ringan-ringan ajela cos Coach pun dah sound dah jgn bawa makanan berat-berat, nanti anak-anak tak cukup tenaga nak berlari kejar bola.

Malam tu ada jemputan birthday dari Didi sempena birthday Audi yang ke 4 tahun. Makanan sedap-sedap tapi disebabkan we all ni dah penat berjemur di padang so mata pun mengantuk aje.

My anak saudara pun dah start join KLFA ni since April. Menyinar betul bakatnya disini.

Dalam ramai-ramai pemain bola, tertarik dengan  seorang pemain bola perempuan ini yang bermain untuk team dari Singapore. Walaupun bermain bola, tapi auratnya dijaga rapi. Tahniah, adik manis.

Hari kedua pun sama juga panasnya, game pagi untuk Ryan bagi menentukan tempat.

Muka sembab aje, tak cukup rehat malam tadi

Penyampaian hadiah bagi peringkat pertama. Ryan mendapat silver medal di dalam kejohanan ini.Tahniah, Ryan

Ryan with his teammate, kalau berusaha lebih keras lagi tentu you all jadi juara. Insyallah, kita cuba lagi tahun depan.

Dalam masa-masa genting, Danish cedera pula lepas terjatuh disepak oleh team lawan. Mujur ada ahli St. Johns yang bertugas so kecederaan tidaklah teruk sangat.

Kalau game bola sepak, tendangan penalti adalah yang paling ditakuti, takut menang atau kalah aje. 

Malam tu, hantar Ayah dan Ibu ke KLIA untuk ke Azerbaijan, ada trip kerja. Singgah makan di Secret Recipe ajelah then lepas tu terus dah nak masuk boarding hall.

Dah selamat balik pun ayah dan Ibu, membawa buah tangan untuk cucu-cucunya. Lepas ni tak tahu ke mana lagi trip mereka berdua. Ikutkan hati nak aje ikut tapi apakan daya, bukan jalan-jalan makan angin, tapi trip kerja.

No comments:

Post a Comment