Nuffnang Ad

Thursday, 12 May 2016

Garage sale

Hari Sabtu kalau tiada latihan bola, memang legalah sikit cos dapatlah pagi-pagi ke Pasar Tani membeli barangan basah untuk stok seminggu. Beli ikan, daging serta sayur-sayuran seawal pagi so dapatlah yang cantik-cantik dan elok sikit. Kalau pergi tengahri alamat sayur pun dah layu dibuatnya.

Ikut Daddy Jack menghadiri majlis perkahwinan kawan sepejabatnya di Shah Alam. Anak-anak tak ikut sebab ada program lain dengan Ibu.

Ibu seperti biasalah, angkut the boys pergi jalan-jalan, so taklah bosan depa terperap duduk melanguk dalam rumah aje. Kali ini ikut ibu naik bas Hop In Hop Out, pusing sekitar KL. Kalau dengan Mummy, entah bila kala la nak merasa naiknya.


Balik dari makan kenduri di Shah Alam, ternampaklah signage GARAGE SALE di area Melawati. Ehh, lama dah tak jumpa signage ni, ni sure orang yang baru balik dari oversea ni.

Memang betul pun, lagi best yang empunya garage sale ni adalah kawan kenal di IG, Julie namanya. Dia dah balik for good dah so tak dapatlah tengok kisah hidupnya duduk di Dublin lagi dah. Dulu masa kat Adelaide, suka tengok IG kawan-kawan yang duduk oversea, antaranya Dubai. Germany, Doha, Washington, UK, even duduk di Indonesia pun seronok tengok aktiviti masing-masing.

 Kalau tak balik dari UK, tak sah la kalau tak angkut portmerion kan, Mujurlah we all duduk Australia, itupun angkut Corelle dan Corning sampai berkotak-kotak dibuatnya.

Petang tu, Ayah message kat semua adik beradik ajak melepak di KLCC, as usual lah dalam pukul 7 semua dah gerak keluar dari rumah, then solat di KLCC aje.

Kali ni we all pilih makan di Pizza Hut ajelah, malas nak makan di tempat biasa, Madam Kwan cos ramai sangat umat manusianya. Sesekali lepak makan pizza sekeluarga, best juga. Yang penting sesi gelak ketawa, borak-borak dan juga hiruk pikuk tu yang best sekali.

No comments:

Post a Comment