Nuffnang Ad

Monday, 13 June 2016

Jalan TAR....lagi

Cuti sekolah lepas, adalah jejak lagi ke Jalan TAR, bukan nak shopping baju raya tapi nak menyiapkan folio sejarah Danish yang kena buat psl nama-nama tempat/jalan yang menggunakan nama sultan, so Jalan TAR adalah salah satu tempatnya.

Just nak ambik gambar suasana di Jalan TAR sahaja, bukannya sampai nak intervies semua orang. After all pergi pagi-pagi so orang memang tak ramai pun, menjelang tengahari baru ramai sebab lunch hour, kan.

Bergambar di papan tanda jalan untuk membuktikan dalam folio yang dah buat kajian disini.

Kalau dah ke Jalan TAR, mana boleh tak menyinggah makan nasi beriyani Insaf, kan walaupun rasa harga agak cekik darah tapi kalau dah terasa nak makan tu, redah ajelah.

Balik tu, singgah KLCC kejap cos mencari sneakers for Danish. Banyak betul kasut-kasut dia yang dah tak muat dah, cepat sangat membesar kakinya. Even kasut yang we all beli saiz besar dari Adelaide dulu pun dah tak muat dah. 

No comments:

Post a Comment