Minggu pertama berpuasa, macam ni lag gaya bangun sahur, letih bebenor nampaknya. Mujurlah minggu pertama berpuasa sekoah belum buka lagi so banyak masa boleh lepak-lepak dirumah. The boys kalau bersahur jarang makan nasi, selalunya makan cereal atau roti cicah milo aje pun dah cukup dah.
Dah jarang tengok TV and main game bebulan puasa ni so masa lapang banyak disiikan dengan bermain LEGO ajelah. Berkotak-kotak LEGO yang masih belum dibuka lagi so baik buka and buat so boleh display dalam almari.
Dah mulanya musim bola, mujur our team England main di hujung minggu so tak perlulah berjaga di malam hari sampai ke Subuh nak tengok.
Kemas-kemas tempat toys room, set up satu tempat untuk main game aje. Mana-mana mainan yang dah tak sepadan dengan umur tu dah letak tepi, nak bagi-bagi kat mereka yang memerlukan.
Gatal sangat nak bei peti ais 2 pintu so bila nak membersihkannya hah jenuh la nak basuh all the compartments. We all beli fridge ni di Adelaide, bila ada offer memang beli terus. Now harga fridge ni di KL hampir RM10k walhal we all beli kat Adelaide dalam RM5K aje harganya.
Entah macamana dalam pukul 5 petang, tetiba satu kawasan perumahan tak ada elektrik. Dahlah tak masak apa-apa pun lagi so buat keputusan makan kat luar ajelah. Hari pun dah nak hujan dengan guruh berdentam dentum so kena keluar cepat takut berebut pula dengan orang lain.
Tak pergi jauh mana pun cos dah lambat nak ke tempat lain. Kita ke AEON Big Wangsa Maju ajelah berbuka di Cafe Segamat Rel ni, Booking aje dulu, then pergilah jalan-jalan sekitar. Tak mahu duduk lama-lama sambil bau masakan.
Cafe ni berasaskan makanan Johor so dah tentulah ada Laksa Johor, Mee Bandung dan juga Nasi Beriani. Kali ni ada set-set untuk berbuka puasa, lebih kurang RM25 seorang dengan pelbagai menu pilihan. Setiap hidangan set disediakan kacang pool, sirap selasih dan juga kuih muih. Minuman panas dan juga sejuk disediakan juga. Berbaloi la makan disini, semuanya sedap-sedap belaka.
No comments:
Post a Comment