We all berpuasa di Malaysia pada 2 Ramadhan, 1 Ramadhan berpuasa di Bangkok, itu kita cerita kemudian ya. Since tahun ni Bibik dah tiada, so semua kena buat sendiri la, bagus juga minggu pertama puasa dalam cuti sekolah so taklah terkejar-kejar sana sini nak balik masak semua. Pagi-pagi dah ke Hero membeli barang-barang untuk juadah berbuka nanti.
Since Ayah dan Ibu ada disini so masak-masak dirumah terus pack and bawa makanan semua ke rumah Ibu. Sampai-sampai, mak aii dah penuh meja dengan pelbagai jenis makanan lain yang dibeli oleh adik beradik. Ada yang beli, ada yang buat sendiri, but still penuh meja dibuatnya.
Lepas berbuka, Ibu offer pulak makan durian. As usual, I tak makan durian mentah gini, just temankan Daddy Jack ajelah makan. Itupun tahan makan seulas aje sebab nak penuh perut dengan makanan berbuka puasa.
Tak pasal-pasal kena tag dengan Daddy jack suruh buat mee ikut resepi di FB. Nampak di FB memang menyelerakan, so nanti kita cuba buat pulak.
Bismillahirahmanirahhimmm, semoga menjadilah mee goreng yang di tag di FB tu. Lepas Asar semua bersilat di dapur, anak-anak tengok TV and buat hal masing-masing, tak ganggu so tak tengoklah mak dia bersilat di dapur tu.
Tadaaaa, mee goreng basah versi FB
We all jarang ke Bazar Ramadhan, sebab masa tu nanti pembaziran banyak sangat. Tapi tahun ni Daddy Jack yang sibuk nak pergi, dah pesan dah pada dia beli mana yang perlu aje. Sebelum pergi, dia tanya ada nak makan apa-apa ke, I cakap nak makan ikan bakar, ikan cencaru pun okay aje. Sekali balik, dibawanya ikan siakap yang berharga RM55 !!!! mak aiii, cekik darah betul harga ikan bakar tahap lagu tu. Padahal tawar dan tak ada rasa langsung kcuali pedas aje pada sos ikan tu. Ohhh tidaklah we all nak jenguk lagi kedai mamat tu, tobat dah nak beli di Bazar Ramadhan.
mak oi mahalnya ikan siakap. yelah makanan bazar ni bukan semua sedap. dorang ni meniaga nak untung je, masak pun tak tentu pandai
ReplyDeleteBetul you, terus I dah tak jejak lagi ke Bazar Ramadhan sebab taknak terkena tipu lagi
Delete