Nuffnang Ad

Wednesday, 22 June 2016

Off to Bangkok

Minggu pertama cuti sekolah we all seperti tahun lepas akan ke Bangkok untuk tournament bola the boys ni tapi kali ni agak mencabar cos we all akan berpuasa di sana. Sebelum pergi seperti biasalah, persiapan dari segi tukaran wang dulu. Sikit aje dapat tukar kali ini, tak macam tahun lepas. Hopefully RM bolehlah recover sikit tahun depan, senang nak pergi travel.

Dah tahu sangat macamana suasana di padang bola tu nanti and susahnya nak mencari makanan halal di sana so kita bawak bekalan siap-siap dari KL. Just beli tidbits ajelah mcm roti and biskut aje. after game, baru cari nasi or makanan berat lain.

Sebelum berlepas ke KLIA, sempat lagi breakfast mee bandung dan nasi beriani di area rumah. Sedap ooo mee bandung tu, memang sebijik rasa macam mee bandung kat Muar.

Pertama kali ke KL dengan mencuba untuk menggunakan UBER service. Sekali datang, mak aii BMW tu. Service sepat dan perjalanan pun selesa. So next time, bolehlah kita berUber lagi.

Lama lagi sebenarnya flight we all, pukul 12 dah sampai walhal flight pukul 4:15pm tapi disebabkan nak mengelakkan jem serta tak nak bersesak-sesak so we all datang awal. Sambil tu bolehlah jalan-jalan di dalam tu.

We all dah buat online check in so just drop bag aje. Tak bawa banyak beg pun, just 2 beg kecil aje. Tak plan nak membeli apa-apa lagi disana, sebabnya tahu dah masa pun tak banyak dan akan dihabiskan di padang bola sahaja.

Ready to masuk ke balai berlepas. Hopefully kali ini akan pulang dengan kejayaan. We all pergi awal sedikit so ada masa nak explore bandar Bangkok tu.




Kasut yang dibeli di Adelaide tahun lepas baru ni nak pakainya, kalau tak entah-entah tak sempat nak pakai sebab tak muat dah.

Sementara menunggu, lepak dulu di Starbucks sambil mengopi. Walhal sebelum masuk tadi dah menyental KFC dulu.

Just a light refreshment, nanti dalam flight nak makan lagi. So sambil tu just tengok checklist, kut ada apa-apa yang tinggal atau rancangkan, takut ada tertukar plan pulak.

Ingatkan order chocolate croissant and double muffin tu tak adalah sapa yang berminat, habis licin 2 beradik ni makan. suka sangat makan kek or sweet treats dua beradik ni, I pun dah lama tak membaking, macam tak ada mood aje nak membuat cake ni.


We all trust Malaysian Airlines very well, walaupun ada Air Asia yang pergi tempat yang sama tapi masa we all booking tiket hari tu, AA lebih mahal sikit dari MAS, lagipun MAS dah sediakan makan terus tak perlu ada charge tambahan. Flight pun selesa, and ada inflight entertainment lagi so taklah bosan the boys sepanjang 2 jam ni.


A very rare of this, flight MAS yang menggunakan image logo yang lama masih digunakan hingga kini.

Daddy Jack with Danish and I duduk dengan Ryan. Masing-masing happy la dapat duduk tepi tingkap, so senang nak tengok luar kalau bosan.

So here we all, take off and bye-bye Kuala Lumpur.

I memang dah lama teringin nak tengok cerita ni, Mr Magnum's Wonder Emporium. Dah lama cari cerita ni, even di Astro pun pernah tayang tapi tak dapat tengok sampai habis. 

Sempat juga tengok hindustan dalam flight ni, dan tak teragak-agak nak merembeskan air mata sampai orang sebelah pun tertanya-tanya.

Inflight makanan yang disediakan. Murtabak ayam for me and Salmon Pasta for Ryan tapi dianya tertidur so tak bersentuh pun makanannya.Ice cream Atom tu sedap sangat, ada 4 biji tak habis pun makan, sebab 2 aje pun dah muak.

After 2 jam perjalanan, we all sampai di Suvarnabhumi Airport. Mujur we all dah isi borang ketibaan dalam flight so tak perlu nak tggu lama-lama dalam ni terus beratur di kastam aje.   

Stuck di kastam untuk cop lama sangat, kaunter bukak pun tak banyak so kena tggu agak lama udahnya beg we all antara yang terakhir sekali.

Since dah datang dulu and dah tahu serba sedikit tentang transport so kali ni we all guna cara yang sama macam tahun lepas, naik train terus ke hotel. Kalau naik teksi punya azab menempuh jem tak kuasa la lama-lama dalam jem tu, dahlah jauh hotel dari airport, silap-silap terus tidur aje sampai hotel.

So dari train station, kenalah jalan kaki sikit untuk ke hotel. tak jauh mana pun, dalam 5 minit perjalanan aje.

Sampai juga tempat penginapan kami, Siam Swarna. We all duduk sini sekali dengan Danish punya teammate, so senang nak bergerak ke padang naik bas sekali jalan aje.

Lepas check in barulah terasa lapar, so bergegas mencari tempat makan. Kebetulan pula sebelah hotel ni ada satu kedai makan Thai yang menjual makanan halal so apalagi, tomyam, nasi putih dan telur dadar dah cukuplah untuk makan malam kami anak beranak.

Daddy Jack pun dah berjinak-jinak nak menjadi foodiegrapher jugak, sama macam I la tu. Gigih nak mengambik gambar untuk simpanan.


Malam kami di restoran ini disudahi dengan pulut mangga sampai setalam. Punyalah besar portionnya sampai tak habis, bungkus makan di bilik hotel. Bila sampai bil, sampai RM20 sepinggan. We all pun tercengang, awat la sampai mahal lagu tu, tapi nak buat macamana kan, dah nak jadi so makan sampai jilat sudu la.

2 comments:

  1. Saya tak pernah naik MAS. Selalu naik air asia, malindo dan firefly

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke? Tak mengapalah asalkan kita semua selamat tiba di destinasi, kan

      Delete