Pagi tu maisng-masing muka ceria sebab nak keluar berjalan-jalan sekitar city, tak perlu naik apa-apa just jalan kaki aje, exercise sikit. Keluar seawal pagi sebab nak elakkan panas.
Jam 9:30 am dah terpacak di shopping mall, rupanya bukan pukul 10 am so nak tak nak lepak ajelah dulu sambil tengok orang ramai berpusu-pusu nak masuk kerja. Kali ni pergi we all just nak jalan-jalan aje, tahun lepas dah pergi Madame Tussaud dan juga Aquarium so kali ni just nak explore shopping mall aje, sambil melihat kedai-kedai sukan la, apa lagi.
Sementara menanti pukul 10am, kita lepak Starbucks dululah sambil minum kopi and makan tidbits sikit.
Caramel Macchiato menjadi pilhan dan juga Chocolate Java Frappe untuk the boys.
So, berjalan-jalan kita sekitar Bangkok city. Daddy Jack dah ada senarai kedai-kedai yang dia nak pergi antaranya termasuklah kedai sukan.
Ni salah satu kedainya, Buriram United. Home team untuk Bangkok.
Cari kedai ni pun berpusing-pusing gunakan GPS, rupanya terselindung di sebalik kedai-kedai yang lain. Mujur jumpa, kalau tak dah give up dah untuk mencarinya bila GPS membawa entah lorong-lorong mana.
Tiada lain yang seronok masuk kedai ni melainkan anak-anak dan bapaknya sahaja. Mak hanya menunggu dan menunggu entah apa yang mereka nak beli. Dahlah menunggu, kena berdiri pulak tu sebab kerusi tidak disediakan.
Kasi chance la sesekali bagi mereka happy dengan hobi dan kegilaan mereka.
Singgah juga Hard Rock kut la ada yang berkenan di mata, tapi design agak tak berkenan so just tengok-tengok ajelah, tak membeli apa-apa pun.
Akhirnya, jumpa juga boot baru Ronaldo ni setelah mencari di Malaysia tak jumpa. Belum masuk lagi pasaran Malaysia. so sini jugak yang jumpa, tersenyum lebar la semuanya.
Puas cari saiz yang sesuai untuk Danish di KL tapi hampa. Awatlah tak banyak bawak masuk boot bola saiz untuk youth ni, sekarang ni dah ramai bebudak yang main bola so untuk cari saiz yang sesuai memang very limited. Ada tu yang dah out of season dah pun.
Hadiah daripada Daddy Jack untuk anak bujang dia. Kira macam early birthday gift la ni. So hopefully, pakai boot baru semangat main bola dan juga belajar sama seiringan la yer.
Dah settle semua, so barulah mengagau mencari makanan. Sedar-sedar dah pukul 1 rupanya patutlah crancky aje semua orang, lapar rupanya. So kita ke MBK Plaza untuk makan di Yana Restaurant. The boys pun dah seronok nak makan disini sebab memang sedap semua makanannya.
Dah siap makan, meh la kita makan pencuci mulut popular jika ke Thailand, pulut mangga la apa lagi. Serius memang sedap sangat, pulut lembut and mangga pun manis, bila blend masuk mulut, aduhhh terasa sedapnya ya ampunnnnnn.
Dah settle makan semua, so balik ke hotel untuk berehat la after seharian berjalan. Sambil lepak-lepak, tengok movies and baring-baring kasi rilekskan kaki.
So, berehat secukupnya untuk game pada keesokan harinya pula.
No comments:
Post a Comment