You all semua dah buat persiapan raya ke? We all minggu lepas baru nak terhegeh-hegeh membuat persiapannya pun. Baju melayu Daddy Jack and anak-anak dah settle cumanya tinggal baju I aje yang belum settle. So, lepas berbuka makan roti canai di NZ, hantar Danish tuisyen and terus mencari baju raya I pula.
Ke Jovian la kita sekali lagi. Dah 3 tahun menggunakan rekaan Jovian so rasa selesa dah. Tak sempat nak cuba rekaan yang lain, Insyallah, nanti akan dicuba ya. Tapi sayangnya terawal pua datang, new collection akan sampai dalam minggu ni so kena pergi lagi la jawabnya.
Sabtu lepas pagi-pagi lagi nak bergerak ke shopping mall sempena misi persiapan raya. Dalam pukul 930am dah gerak menuju ke The Gardens.
As usual, bila time raya decor shopping mall kebanyakan menggambarkan konsep umah-rumah Melayu. Bagi we all yang tiada kampung ni terasa la sikit kan mood nak beraya di kampung tu.
Dah ready nak bershopping raya kita?
Raya ke tak raya, kedai LEGO kena singgah, wajib kata Daddy and anak-anak
So, nak beraya dengan LEGO ke kita ni? Baju raya and kasut raya dari LEGO, barulah hipster sikit time raya nanti, kan.
Masuk Zara nak pilih baju tapi kusss semangat penuh orangnya. Nak mencuba pun sikit punya panjang beraturnya so kita datang lain kali la, bagi chance kat orang yang nak balik kampung bershopping raya dulu.
Kedai ni tak ramai orang, dapat beli satu pun cukup la. Nak beli yang besar harga pun besar juga, so kita mulakan dengan yang sederhana dulu, kan.
Dah settle di Mid valley, singgah pula ke Jalan TAR. Memang menempah la pergi ke sana dah pukul 1 lebih kan tapi nak buat macamana, mmg tak ada hari lain lagi so dah alang-alang satu jalan, singgah ajela walaupun Ryan dah mula buat perangai, letih nak jalan and buat sakit perut pulak.
Cari satu barang aje pun, songkok anak-anak aje tapi umat manusia ya rabbi punyalah ramai sampaikan rasa tak penat ke depa ni berjalan time-time puasa ni tapi sebab masing-masing nak settlekan persiapan raya, nak tak nak kenalah redah kan.
Jumpa satu kedai songkok ni, terus singgah and mujur ada spesifikasi yang Daddy Jack nak terus beli, then balik dah. Tak sanggup nak berhimpit-himpit. Kesian tengok family yang membawa anak-anak kecil untuk membeli baju-baju raya, harapnya parents dapat menjaga anak-anak dengan baik, takut leka bershopping nanti ada pulak kejadian yang tidak diingini berlaku.
No comments:
Post a Comment