Nuffnang Ad

Tuesday, 20 December 2011

Chiangmai Story-The Departure

After 5 hari kembali ke Malaysia, me and Daddy Jack kena berangkat pula ke Chiang Mai, Thailand cos Daddy Jack kena menghadiri conference di sama selama 5 hari. Nampak gayanya the boys kena tinggal dengan Ayah dan Ibu sekejap. Pertama kali nak naik Air Asia cos hanya itu sahaj pernebangan yang terus ke Chiang Mai. Huhuhu, tak tahu macamana perasaannya itu. Flight kami dalam pukul 630 pagi, so kami keluar rumah dalam pukul 4 pagi. Masa tu the boys masih tidur lagi so rasa sayu aje nak tinggalkan they all. Sampai aje di LCCT, mcm tak percaya, dah macam Pudu Raya rasanya.

Aduh !!!! Mujur ada Starbucks, so lepak dulu dalam tu sebab our departure gate lambat lagi. Tapi bila tengok orang yang semakin ramai, rasa mcm sesak nafas pulak gayanya. So sementara menunggu, online dululah.

Muka orang mengantuk, tapi Latte tetap setia di tangan, tak apa..nanti dalam flight boleh aje tidur, kan.

Aduh !!! rupanya nak masuk ke departure hall nie kena tunggu gate dibuka, kalau tak buka mmg tak boleh masuk. So, mmg lamalah kami bertenggek di luar tu. Tapi bila dah nak masuk, polis yang kawal pintu depan tu kata, kami nie mcm dah lambat pulak. Sebelum tu, kami nak masuk awal, ada sorang polis tu tak bagi katanya gate belum bukak, ikshhhh..dalam hati berdebar ajelah jgn la terlepas flight tu. Dadhlad masa nak cop pasport, kena beratur panjang sebab ada mamat indon nie apa tah kena dengan pasport die, lama menunggu.

Bila makin siang, orang pun dah mula ramai juga, mungkin sebab dah mula cuti sekolah so orang ambil kesempatan nak bawa anak-anak pergi bercuti.

Kakak yang beratur depan I nie, baru beli beg COACH nie, masih nampak baru lagi. Nak pergi Bandung bersama familynya.

Masa kami masuk dalam menuju ke gate, dah ramai yang masuk dah, mujurlah tak tertinggal gara-gara tersangkut di pemeriksaan kastam tadi.

Flight yang kami naiki nie AX128, menuju ke Chiang Mai, dah lama tak merasa berjalan kaki nak naik tangga flight, last time dulu masa nak balik Kuantan, masa kat T3 Subang Airport. Berdebar-debar juga bila nak naik Air Asia nie, maklumlah first time, kan. Bila dah masuk, kami dapat tempat duduk di belakang sekali.

Masa berlepas, nampaklah KL view from the top..shahdu juga nak meninggalkan KL buat sementara waktu nie.

After 2 hours and 30 minutes, kami selamat sampai di Chiang Mai International Airport. So far tak ada masalah, sebab hanya flight kami aje yang sampai so tak bersesak-sesak sangat di airport. Lepas ambik our luggage, kena pi cari taxi pulak untuk bawa ke hotel. kalau guna pick up hotel mahal, kena bayar sampai 200bht, so better naik taxi yang cuma bayar hanya 120bht sahaja.

Pemandu teksinya cukup ramah, sia tahu yang kami dari Malaysia sebab katanya ramai juga orang Malaysia yang datang waktu cuti nie. Kami sampai di Chiang Mai lebih kurang pukul 9 pagi dan waktunya lambat sejam dari waktu di Malaysia.

Masa kami sampai tu, mmg nampak kedai-kedai pun baru nak dibuka, ada tu masih belum buka lagi. Dah check in di hotel, kena tunggu sampai pukul 12, then baru boleh masuk bilik. Hmnm, mana nak melepak nie, so berjalan-jalan sekitar Citynya dengan berjalan kaki yer.

Alhamdulillah, di tengah-tengah city, terjumpa masjid walaupun agak tersorok tempatnya so dapatlah pi melawat juga.

Kelab A Go Go, baru nampak satu aje di Chiang Mai nie tak macam Bangkok rasanya bersepah-sepah. Ker ada tempat lain lagi

Gajah merupakan mercu tanda bagi Chiang Mai, merata-rata ada patung gajah nie. Even ada Elephant farm lagi kalau nak cuba naik gajah.

Daddy Jack tak habis-habis dengan sukannya, sampaikan muay thai pun jadi. Hajat di hatinya nak tengok Muay Thai secara live but I cakap, biarlah die pergi sendiri sebab tempat nie dekat aje dengan our hotel, I biarlah duduk dalam bilik sebabnya satu I kan pakai tudung, so nak lepak kat tempat-tempat bar mcm nie rasa macam tak selesa ajelah.

Dah letih pusing jalan-jalan tengok City yang masih belum buka lagi so berehat sebentar di McD sambil minum kopi. Ada aje Starbucks di seberang jalan tu tapi internet kena bayar, 150bht for 1 hour so baik lepak McD, ada aje free wi-fi.

1 comment: