Nuffnang Ad

Showing posts with label The Goal Academy. Show all posts
Showing posts with label The Goal Academy. Show all posts

Thursday, 8 May 2014

First tournament


Sejak join Goal Elite, inilah kali pertama Danish bermain di dalam local tournament. Selalunya setiap pagi Ahad cuma ada friendly match dengan kelab-kelab sekitar Lembah Kelang aje. Tournament berlangsung di Bukit Sentosa, Rawang.

Keluar seawal jam 7 pagi sebab tak biasa lagi dengan jalan untuk ke sana. mujurlah ada WAZE. Sambil tu menikmati cahaya pagi matahari yang sangat memukau mata.

Wohoaaaaa, pitstop yang harus berhenti untuk refuel the energy pagi-pagi ni, teruslah Hazelnut Latte Venti satu !!

Bersama his new kits for this season, kenapalah team ni pilih warna putih...sighhhh

  Players yang terpilih untuk mewakili tournament kali ini

Bergaya habis dengan Nadya Crocs boot, beli masa  winter pertama di Adelaide dulu. Masa nak bawa balik dulu pernah jugaklah terpikir..bila kalalah nak pakai boot ni. Kebetulan sehari sebelum tournament, hujan lebat then pagi tu terpikir nak pakai sebab takut padang lecak so bila sampai padang mmg lecak sangat. Nasib ada boot ni, tapi bila dah start panas, kenalah salin pakai selipar jamban aje.

  Sebelum perlawanan, kenalah warm up dulu

  Belum ramai team lagi yang datang, masa ni pun dah start panas terik.

  Antara pasukan lawan yang bertanding


Ingatkan sejam dua aje kami berada di padang ni, bila tengok fixture mak aiii macam sampai petang aje kena menunggu ni.

  Berhenti pun sejam aje untuk Zuhur, lepas tu panas-panas sambung balik

Terbaca satu artikel di suratkhabar. Sedih juga sekiranya ianya terjadi. 

Coach Matthew berbincang dengan Daddy Jack untuk mengatur beberapa strategi after team Elite berjaya mara ke suku akhir.

Disebabkan perlawanan yang lama, so semua pemain dah mula kelaparan. Ada parents yang sponsor Domino's Pizza untuk semua termasuklah mak ayah tapi Coach Matthew macam refused nak bagi makan. Katanya lain kali hanya roti yang disapu jam, fruits ataupun biscuits aje yang dibenarkan makan, pizza atau any fried foods tidak dibenarkan. Hmmm, baru plan nak bawa nasi lemak untuk tournament akan datang, so cancel ajelah.

Tak sampai ke final pun team Elite after kalah kepada team MBSA. Masing-masing bersedih hati tapi tak apa, dapat tempat ketiga pun dah okay juga.

 Team Elite juga memenangi Piala Fairplay untuk kejohanan kali ini.

Masing-masing seronok juga dapat medal walaupun tempat ketiga
 
Mak Ayah yang menunggu bersama-sama anak-anak dari pagi sampai dah pukul 4pm baru selesai semuanya

Aduhhh, masalah sungguh bila baju warna putih ni. Habis segala kesan selur semua ada. Jenuhlah nak menyental sana sini. Nak jugaklah mempraktikkan sabun-sabun yang diiklankan diTV tu especially bila kes anak-anak mereka bermain bola, berkesan atau tak.


Si kerinting tak ikut, dia sibuk nak ikut Atuknya pergi kenduri kahwin. Sampai aje depan pintu terus kena soal siasat, kenapa lambat sangat. Mummy pun mmg tak jangka sampai lama sangat macam ni Ryan, lapar, panas semuanya ada. Next tournament tak tahulah bila pulak.
 

Sunday, 20 April 2014

The GA vs TTDI

Hari Ahad adalah hari menemankan anak for his soccer tournament. Keluar seawal pukul 730 pagi untuk sampai ke area Subang untuk breakfast dulu sebelum game start at 8 pagi. Dah beberapa kali dah lawan, so kali ni lawan dengan team from TTDI pula.

Dah rasa macam musim bunga di Adelaide pula bila pokok bunga ni sebegini rupa

Ramailah pulak team TTDI ni menghantar pemain-pemainnya, so Coach kena pandailah bagi peluang kesemua untuk bermain.

Nampak budak comel ini, tinggi semangatnya untuk bermain bola walaupun ciri fizikalnya agak besar berbanding dengan yang lain tapi beliau tetap semangat dan berlari mengejar bola.

Bagus juga dia terlibat dalam aktiviti sukan at least taklah duduk rumah without nothing to do kan. I tengok sekarang ni ramai parents yang dah start hantar anak-anak mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan mcm bolasepak, badminton, tenis serta karate. I memang setuju if ada parents yang bertindak begini, at least anak-anak mereka taklah terperuk dalam rumah melayan TV, Ipad gan juga video game.

Tak kiralah apa jenis sukan pun ianya bagus untuk menjana minda anak-anak. I pun bukannya nak latih Danish and Ryan untuk menjadi seorang professional, cukuplah mereka dapat melakukan aktiviti sukan seminggu sekali after bergelumang dengan buku-buku sekolah, homeworks semua bila hari sekolah. Mujurlah sekolah mereka sekarang ni jarang nak bagi homeworks, kalau ada pun hanya satu kerja yang perlu disiapkan dirumah, lain semua buat disekolah.

Thursday, 30 January 2014

Tak sihat

Minggu lepas agak tak berapa nak sihat sikit, demam, batuk dan selsema juga. So rehatlah satu hari kat rumah, sambil melepak, minum kopi and baca novel. 


Dah lama tak melepak depan TV tengok drama Melayu. Sangat sakit mata bila tengok pelakon yang macam gini, tak tahulah apa wataknya, if tak salah dalam ni macam watak Mak Datin ja tapi boleh tak if nak pakai rambut palsu tu tolonglah elok-elok sikit, ni dah macam serabai dengan rambut keras, mmg nampak sangat pakai rambut palsu.

Tak lalu lah duduk dalam rumah aje, so dah rasa okay sikit petang tu temankan Danish training bola kat Subang. Danish sekarang ni setiap Selasa and Khamis ada training dari pukul 5 till 7pm kat Subang under Elite team. So 2 hari ni, memang we all maghrib kat petrol station ajelah, kalau nak balik mmg lebur ler Maghrib tu.
 

Monday, 4 November 2013

Trial game

Minat yang tak dapat dibendung lagi, dah puas bercuti dari training dan sesi main bola so kembali bermula sessi itu di Malaysia. Since barang dalam kotak tak tahu mana letaknya segala boot, shinpad semua so beli baru ajelah semua, malas nak pikir mana letaknya. Lepas kerja, angkut the boys ke KLCC, itu yang paling dekat dengan rumah, so terus beli then makan sekali cos esoknya pagi-pagi nak kena bangun untuk trial session pulak.

We all puas mencari kelab-kelab atau soccer school yang bersesuaian dengan Danish dan juga Ryan tapi masing-masing ada pro and cons nya. Daddy Jack kalau boleh nak hantar 2-2 sekali instead of Danish aje. Kebanyakan club hanya mempunya pasukan U12 sahaja, so bila ditimbang tara dan disyorkan beberapa kawan yang dikenali secara online we all memilih The Goal Academy untuk sesi percubaan dulu.

Untuk trial kali ini, bermain secara indoor, tapi bila dah jadi one of the team member, boleh pilih samada nak main di indoor atau outdoor.

As for Ryan, just ada indoor sahaja, and for Danish we all nak dia biasakan main outdoor di Malaysia ini. Alhamdulillah, both of them diterima masuk ke The Goal Academy bermula Sabtu ini. Ryan bermula di sessi pagi dan Danish bermual di sessi petang. 2-2 venuenya berbeza sedikit, tapi okay ajelah, bolehlah lepak mana-mana dulu sementara nak tunggu  settle.