Sejak join Goal Elite, inilah kali pertama Danish bermain di dalam local tournament. Selalunya setiap pagi Ahad cuma ada friendly match dengan kelab-kelab sekitar Lembah Kelang aje. Tournament berlangsung di Bukit Sentosa, Rawang.
Keluar seawal jam 7 pagi sebab tak biasa lagi dengan jalan untuk ke sana. mujurlah ada WAZE. Sambil tu menikmati cahaya pagi matahari yang sangat memukau mata.
Wohoaaaaa, pitstop yang harus berhenti untuk refuel the energy pagi-pagi ni, teruslah Hazelnut Latte Venti satu !!
Bersama his new kits for this season, kenapalah team ni pilih warna putih...sighhhh
Players yang terpilih untuk mewakili tournament kali ini
Bergaya habis dengan Nadya Crocs boot, beli masa winter pertama di Adelaide dulu. Masa nak bawa balik dulu pernah jugaklah terpikir..bila kalalah nak pakai boot ni. Kebetulan sehari sebelum tournament, hujan lebat then pagi tu terpikir nak pakai sebab takut padang lecak so bila sampai padang mmg lecak sangat. Nasib ada boot ni, tapi bila dah start panas, kenalah salin pakai selipar jamban aje.
Sebelum perlawanan, kenalah warm up dulu
Belum ramai team lagi yang datang, masa ni pun dah start panas terik.
Antara pasukan lawan yang bertanding
Ingatkan sejam dua aje kami berada di padang ni, bila tengok fixture mak aiii macam sampai petang aje kena menunggu ni.
Berhenti pun sejam aje untuk Zuhur, lepas tu panas-panas sambung balik
Terbaca satu artikel di suratkhabar. Sedih juga sekiranya ianya terjadi.
Coach Matthew berbincang dengan Daddy Jack untuk mengatur beberapa strategi after team Elite berjaya mara ke suku akhir.
Disebabkan perlawanan yang lama, so semua pemain dah mula kelaparan. Ada parents yang sponsor Domino's Pizza untuk semua termasuklah mak ayah tapi Coach Matthew macam refused nak bagi makan. Katanya lain kali hanya roti yang disapu jam, fruits ataupun biscuits aje yang dibenarkan makan, pizza atau any fried foods tidak dibenarkan. Hmmm, baru plan nak bawa nasi lemak untuk tournament akan datang, so cancel ajelah.
Tak sampai ke final pun team Elite after kalah kepada team MBSA. Masing-masing bersedih hati tapi tak apa, dapat tempat ketiga pun dah okay juga.
Team Elite juga memenangi Piala Fairplay untuk kejohanan kali ini.
Masing-masing seronok juga dapat medal walaupun tempat ketiga
Mak Ayah yang menunggu bersama-sama anak-anak dari pagi sampai dah pukul 4pm baru selesai semuanya
Aduhhh, masalah sungguh bila baju warna putih ni. Habis segala kesan selur semua ada. Jenuhlah nak menyental sana sini. Nak jugaklah mempraktikkan sabun-sabun yang diiklankan diTV tu especially bila kes anak-anak mereka bermain bola, berkesan atau tak.
Si kerinting tak ikut, dia sibuk nak ikut Atuknya pergi kenduri kahwin. Sampai aje depan pintu terus kena soal siasat, kenapa lambat sangat. Mummy pun mmg tak jangka sampai lama sangat macam ni Ryan, lapar, panas semuanya ada. Next tournament tak tahulah bila pulak.
assalam & salam perkenalan
ReplyDeleteWalaikum salam & salam perkenalan juga
Delete