Setiap anak adalah satu anugerah yang tidak ternilai dari Allah SWT. Setiap anak itu perwatakannya berbeza-sama, samalah juga antara Danish dan juga Ryan.
Alhamdulillah, sejak 3 bulan memasuki alam persekolah di Malaysia, banyak peningkatan anak-anak yang dilihat, antaranya kemahiran berbahasa Malaysia dari segi penggunaan ayat serta membuat karangan, menghafal beberapa ayat-ayat lazim serta memahirkan diri dengan Bahasa Arab. Seronok mendengar perbualan dan celoteh mereka bila balik sekolah.
Bangga bila ada yang menjadikan Danish sebagai kawan baiknya. Perhubungan I dengan anak-anak yang sama kelas dengan Danish serta ibu bapa mereka amat baik. We even have our Whatsapp group antara guru kelas dan juga para ibu bapa yang lain. Disini kita akan diskus pelbagai perbincangan anak-anak serta adakalanya keluar spend masa minum teh tarik beramai-ramai. We even bergotong royong sesama kita untuk menceriakan kelas anak-anak dimana para Ibu bapa sponsor macam-macam jenis barang termasuklah perabut serta buku-buku bacaan.
Tapi, agak sedih juga melihatkan Danish pada suatu hari mengadu sakit kepala dan rasa nak demam. Lembik aje nampak mukanya serta agak kurang bermaya sedikit. Selalu aktif aje.
Lama juga Danish terpaksa ponteng sekolah, dekat seminggu jugaklah gara-gara demam dan juga selsema.
2 hari demam tak kebah jugak, off we all ke ER Ampang Puteri untuk buat blood test. Dengah cuaca yang tak begitu baik takut juga if kena demam denggi.
Alhamdulillah, darah okay..tak ada denggi cumanya mungkin viral fever sahaja and lepas makan antibiotik yang kuat sedikit, nampak sihat dah sekarang ni, even dah kembali seperti sediakala.
skrg musim denggi takut jgk kalau bdk2 deman.
ReplyDeleteBetul tu, sekarang ni semuanya kena berhati-hati
Delete