Sesekali kena buat kerja luar di hujung minggu memang agak berat tapi demi tugas, gagahkan juga. Kali ni kena ke Taylor's Uni Lakeside di Subang Jaya. Pagi-pagi lagi dah bertolak kita ke sana sebab program bermula pukul 830am.
Cantik environment universiti ni, sangat berbaloi dengan harga yuran. Facilities pun gempak juga, dengan suasana belajar yang macam oversea sangat.
Sambil tunggu peserta habis program, lepak kejap Starbucks sambil mengopi mengisi masa yang jenuh menunggu.
Just minum Iced Latte and chocolate roll aje. Tak cukup itu, tambah pulak dengan double chocolae muffin, manalah tak gemuk, kan.
Balik aje from Taylor's terus the boys and Daddy Jack ajak keluar ke One Utama mencari beberapa barangan keperluan. Singgah kedai sukan adalah satu kemestian bagi 3 beranak ini untuk melihat boot baru ataupun jersey bola.
Dah settle semua, kita makan dulu la di Madam's Kwan. CKT dia sedap tapi tak boleh lawan The Little Penang di KLCC lagi la, banyak seafood dalam tu, siap ada kerang lagi. Esok nak pergi KLCC makan CKT The Little Penang la jawabnya.
Selamat berhujung minggu, semua !!!!
No comments:
Post a Comment