Nuffnang Ad

Tuesday 16 August 2016

RGSA Tournament

Minggu lepas dah bermulalah kembali musim bola untuk anak-anak. Sabtu dan Ahad Danish dah start tournament di Kiara Sports Complex. Hari Sabtu hanya Daddy Jack yang menemankannya cos Ryan lambat bangun. Pagi-pagi lepas Subuh dah bergegas untuk ke padang.

Antara tetamu undangan adalah ahli FAM dan juga Coach Ong Kim Swee pun turut serta di pagi Sabtu itu untuk menyaksikan perlawanan.

Di kesempatan itu juga, Danish sempat berjumpa Tauke from Ola Bola yang sebenarnya, Datuk Soh Chin Aun yang kebetulan berada di padang juga.

Dah ada Soh Chin Aun, jumpa la juga dengan Santokh Singh pula, kan. If only Mokhtar Dahari masih ada, memang legend mereka bertiga ni.

Dah petang baru balik Danish and Daddy dengan muka frust sebab tiada kemenangan pada hari pertama. Sampai aje terus ajak pergi makan cos baru terasa  lapar, so ke NZ ajelah kita sebab dah tak tahu nak makan dimana.

Balik, sambung pulak menyaksikan pasukan memanah negara beraksi di Olimpik menentang France tapi sayangnya kalah walaupun pada mulanya dah leading.

Hari Ahad, I yang ditugaskan untuk membawa Ryan ke padang cos Daddy Jack bawa Danish lagi untuk hari terakhir ke Bukit Kiara. Seawal pukul 8 dah berada disini takut tak ada parking.

Dah habis, 2 beranak ni menyukat jalan la breakfast di McD sebelah tu aje. Itupun sengaja makan lambat-lambat, bersenang lenang sikit sekali Daddy Jack called suruh datang tengok Danish main untuk semi final. Bergegas la balik, basuh kain apa semua. Dah settle baru bergerak ke Bukit Kiara terus.

Sampai-sampai terus nampak van Milo ni, terus la kita minum ini dahulu. Seronok la minum air milo free flow ni, tak sama rasanya macam milo kotak.

We all sampai, Danish and his teammate sedang berlawan untuk ke semi final. Dengan cuaca yang panas terik, mereka terus juga bermain. Memang legam la lepas ni anak mummy.


Gambar yang dikirimkan oleh my uncle satu ketika dulu, tima balik bercuti dari Australia. Dulu hanya duduk di tepi padang memerhatikan sahaja orang bermain bola, tapi sekarang ni anak sedara dan juga pakcik main bola dalam satu team yang sama.

Alhamdulillah, after semi final mereka berjaya mendapatkan Plate Champion untuk game kali ini. Main dengan penuh kegigihan dan semangat satu pasukan. Kalau mereka serasi dari hari pertama, sure boleh dapat cup, tak apa, kita cuba tahun depan.

Semua seronok, akhirnya mereka memang juga walaupun macam dah kecewa semalamnya.

Tahniah bagi team U12 under Coach Shazwan. Seronok masing-masing walaupun semua dah nampak macam udang kena bakar dah.

So, kita tunggu la KL League yang akan bermula Ahad ini, memang tak boleh nak berehat la hujung minggu ni. Ke hulu hilir padang bola la jawabnya.

Balik semuanya kelaparan, so singgah makan makanan ala Johor cos the boys nak makan laksa Johor. We all pun makan cepat-cepat cos the next day, Danish ada Test 2. We all pastikan Danish cukup rehat untuk menjawab exam. Alhamdulillah, semuanya okay walaupun muka nampak penat sangat. 

No comments:

Post a Comment