Tahun ni tak berkesempatan lagi nak ajak kawan-kawan datang beraya. Sejak Bibik tiada ni makin tak teratur rasanya. Mana nak terkejar hal-hal sekolah, anak-anak malahan rumah pun hujung minggu aje dapat dikemaskan. Harapnya tak perlu lamalah nak tunggu pengganti Bibik pengganti ni.
Kadang-kadang bila weekend tak larat nak makan Mamak, ada satu tempat breakfast best di area Melawati untuk makan mee bandung, soto ataupun lontong. Restoran bersebelahan dengan balai polis Taman Melawati, tak ingat pulak nama dia. Mee bandungnya sebijik macam makan di Muar.
Walaupun tak buat open house, tapi adalah juga ajak sedara mara untuk berkunjung ke rumah, tak buat besar mana pun. just BBQ session saja.
Teringatkan kenangan masa di Adelaide dulu, bila ada perjumpaan raya disana sure ada BBQ session. So kita bawakan la kenangan itu ke sini juga. Sayang beli BBQ pit kalau tak guna, kan.
Macam-macam jenis Bbq ada, kambing, ayam, ikan, udang, sausage and even jagung pun ada. I just buat nasi ala-ala Nandos ajelah. Itupun kenyang makan dan meratah aje.
Ibu pun ada mengadakan open house untuk kawan-kawan, jiran tetangga dan juga saudara mara. So kita tumpang ajelah open house Ibu untuk beraya sesama kita. Antara menu yang agak rare di rumah Ibu kali ini adalah Lemang Periuk Kera yang diheboh kat FB tu, baru tahu rupanya macam ini. Sedap juga, lembut aje.
Dessert section dengan pelbagai jenis cake, kuih muih raya dan juga bubur kacang.
Kelainan lain kali ni, kita bawakan orang menjual pisang goreng cheese ke open house kali ini, so kita boleh free flow makan goreng pisang cheese. Sedap, and tak putus-putus abang dan kakak ni bekerja dan memarut cheese. Mula-mula tu ramai yang ingat kena bayar, so tak begitu mendapat sambutan tapi bila diberitahu free, berduyun la beratur.
Selalu bila open house Ibu, ini adalah menu wajib Laksa Pahang. Sempat merasa sikit aje, cos busy melayan tetamu yang tak putus-putus datang. Tapi tak apalah, lain kali boleh aje suruh Ibu buatkan lagi laksa tu, beli laksa kat Kuantan, then kuah boleh buat sendiri and dapat makan sampai puas.
Memang Sangat Lezat Sekali Masakan Mu Chef . Jadi ngilir aku liat nya jadi lapeeeeeer aduuuuuh.... http://goo.gl/jwkjIU
ReplyDelete