Nuffnang Ad

Sunday, 7 August 2016

Undangan open house

Raya dah habis, kejap aje rasa. Masa puasa dulu bukan main sibuk cepatlah nak raya. Raya semakin lama bagi yang dah tua ni makin suram sambutannya. Tahun ni undangan open house pun tak banyak, mungkin atas faktor ekonomi so banyak yang buat kecil-kecilan sahaja. Minggu lepas we all dapat 2 undangan open house, satu my officemate dan satu lagi from my SIL. Open house mana ada pepagi buta kan, so breakfast dulu makan tosai and teh tarik.

Tengahari mula bergerak ke rumah officemate, Dayah and Ustaz Zul di rumah mereka di Batang Kali. First we all ke tempat yang tak pernah kami terfikir nak pergi. Menyusuri laluan Ulu Yam sambil menikmati pemandangan yang cantik dan juga melihat keindahan Empangan Batu adalah satu pengalaman.

Sampai aje di Batang Kali, semua dah tahap kelaparan so kita makanan mana-mana makanan yang kita jarang jumpa sepanjang bulan raya ni. Selalunya rumah-rumah terbuka ni akan ada satu makanan yang lain dari yang lain. Hah, kan betul I cakap, sampai aje nampak pulut kuning, so di gabungkan dengan nasi impit and rendang ayam, habis diet kita !!!!.

Tambah pula ada laksa Penang dan juga buahan-buahan tempatan yang dibawa dari kampung, memang seronok la makan tapi terpaksa beransur pulang awal cos hari dah mendung, and hujan lebat turun. Lagipun tetamu makin ramai yang datang, so tempat duduk terhad.

Petang pula rushed ke Bangi untuk memenuhi undangan SIL yang juga membuat open house. Perut pun dah ketat dengan makanan di rumah pertama so di rumah SIL, kita just makan ringan ajelah. 

Sugar high betul bila tengok dessert table penuh dengan berjenis-jenis cake. Dah lama teringin nak buat and rasa Kek Pandan Gula Melaka, dah ada disini so kita makan. Quite nice tapi I tak berapa favour sangat makanan manis-manis ni, setakat rasa serba sikit aje.

Dah settle jemputan rumah terbuka, so kita pun terasa juga nak merendang makan dengan nasi impit dan juga kuah kacang.

Bila pergi open house mesti cari satay, tapi ada kala jumpa adakala tak. Tak jumpa satay kat open house pun tak apa, kita beli ajelah, makan sepuas hati. Selalunya satay we all beli di Satay Sri Melaka di area Lembah Keramat.

Makan mee sup di rumah officemate sampai terbaring sebab kesedapan ya amat. Memang sedap pun mee sup tu, I makan pun berpeluh-peluh sebab kepedasan sambal kicap dan juga kesedapan kuah supnya tu.

1 comment: