Mencuba cafe yang baru dibuka di area rumah ni. Cafe yang pertama kali dibuka disini, kalau ada pun di area depan tu macam tak larat nak pergi cos sesak sangat dengan orang ramai. Playground Coffee jadi pilihan melepak minggu ini.
Just berdua aje dengan Ryan cos Danish and Daddy ada game bola. Ryan tak mahu ikut, nak duduk rumah tengok TV aje so bila bosan, keluar la kitaorang berdua aje.
Tak ramai orang pun disini, tempat pun selesa. Even the deco pun nampak rustic and moden.
Dah nama kedai pun Playground kan, kena la ada elemen-elemen itu di dalam kedai. Di bahagian belakang ada disediakan playland kecil untuk anak-anak bermain.
Buaian pun ada juga disediakan, tapi I takut la nak naik, takut roboh pulak.
Sambil melayan bercerita hal sekolah dan kawan-kawannya, mulut pun pot pet pot pet la jugak.
Singgah beli Nasi Ayam Uncle untuk tengahari nanti, malas dah nak masak kalau tinggal berdua aje ni.
Beli extra takut nanti Daddy Jack and Danish balik kelaparan pulak, I memang tak masak langsung la, mengisahkan kain baju yang bertimbun and mengemas almari baju. Asingkan mana baju yang tak muat tu, kumpulkan and letak dalam plastik untuk diagihkan ke dalam tong Makna.
Dah malam, baru Daddy Jack and Danish balik, muka pun semua kepenatan after seharian berkampung di padang. Danish pun dah legam nampaknya. Balik terus mandi, then keluar pergi makan. Makan pun yang ringan-ringan aje cos semua pun dah kekenyangan.
No comments:
Post a Comment