Nuffnang Ad

Thursday, 25 August 2016

IKEA dan Lulu


Dah lama tak berjalan ke IKEA Cheras, astik ke Damansara aje. Tapi on certain part I memang suka kat Cheras ni, lagi banyak barangnya compare dengan Damansara especially pokok-pokok hiasan. Cumanya yang agak mengelirukan adalah susunatur aisle disini masih belum biasakan diri lagi.

Masih mencari-cari lagi deko-deko menarik untuk bahagian dalam rumah. Masih ada yang perlu diubahsuai mengikut kesesuaian.

Daddy Jack as usual la, mencari idea untuk koleksi LEGOnya tu.

Dengar juga masa Ramadhan hari tu ada hypermarket baru dibuka di tengah KL, Lulu Hypermarket di Bangunan Jakel. Dah alang-alang balik from IKEA, menyinggah la kejap kita.

Menarik juga pelbagai makanan ada, especially roti and puff, nampak sedap-sedap semuanya and harga pun berpatutan.

Salami dijual macam di Adelaide dulu, siap ada berbagai flavour. Pilih aje mana yang kita nak, nanti they all tolong potong and bungkuskan.

Aduh, ini tergoda sungguh. Pelbagai jenis ayam marinate ada dijual disini. Kalau malas nak buat sendiri, beli sini aje, terus masuk oven and grill sendiri.

Sayur pun ada dijual disini, macam-macam jenis and warna ada. Harga pun lebih kurang NSK juga.

Ini yang paling disukai, pelbagai jenis kari ada termasuklah tikka masalla, vindaloo dan juga roghan josh. Teringat makan di foodcourt Tea Tree Plaza duku, Danish memang suka sangat makan. So, kalau teringat and rasa nak makan rogan josh cicah roti arab, kita tahulah mana nak mencarinya.


1 comment:

  1. cantikkk dekornya sy pun suka ke ikea wp hanya tengok2 jer huhu

    ReplyDelete