Nuffnang Ad

Showing posts with label officemates. Show all posts
Showing posts with label officemates. Show all posts

Tuesday, 25 July 2017

Jalinan Mesra Aidilfitri 2017

Seminggu selepas naik cuti persekolahan, busy pula dengan sambutan raya di tempat kerja. Persiapan hanya mengambil masa dalam 2 minggu sahaja, tolak dengan busy mengajar lagi. Mujurlah ada 2 students yang membantu menjayakan persiapan deco pentas untuk kali ini.

Tema kali ni hanya menggunakan kotak-kotak kadbod sahaja, untuk jimatkan duit. Lagipun macam trend sekarang ni kalau tengok mana-mana deco pun banyak gunakan deco yang ala-ala macam ni.

Contoh terdekat adalah fashionvalet yang menggunakan tema macam ni so kita ceduk la idea sana sikit tapi taklah tiru bulat-bulat, kan. Kita kena kreatif la sikit.

Beria betul my students mendeco all the props, semua siap dalam tempoh seminggu sahaja.

Jadilah konsep Keluarga Mak Minah, lebih kurang keluarga I aje ni.

Terhasillah deco pentas untuk sambutan raya yang simple, tak perlukan budget yang banyak dan juga bertepatan dengan konsep yang diminta oleg Program Director.

Makanan yang dibawa oleh students secara potluck juga meriah sangat. Sporting betul parents bekalkan makanan yang best-best.

Siap buat candy buffet style lagi. Nampak cantik dan meriah sangat.

Aduh, dessert bar ni membuat hati pun tertawan dengan kesedapan kek batik, muffin, brownies dan juga kuih muih raya.

Ada pertandingan stall tercantik dan we all menang stall terbaik untuk peringkat sekolah menengah.

Persembahan istimewa daripada Ismail Izzani, yang merupakan bekas pelajar sekolah ini. I pun pernah jadi cikgu kelas aka Mentor kepada Ismail Izzani ni, until now masih contact and keep in tough with his mom, Datin Suliza Salam.

Bergambar bersama-sama rakan-rakan sekerja yang bertungkus lumus memastikan agar semua perjalanan majlis sambutan raya berjalan dengan lancar dan meriah.

Thursday, 8 June 2017

Potluck pejabat

Seminggu sebelum puasa, we all satu office pakat-pakat untuk buat potluck sebelum puasa. So banyak makanan yang dibawa oleh kawan-kawan office sampai penuh meja dengan pelbagai jenis juadah makanan.

Tengok, banyaknya makanan samada yang beli, tempah ataupun buat sendiri. Semoga murah rezeki officemate ku semua sekali.

Lepas solat Jumaat, mencuba kopi baru di Shell MRR2, Costa Coffee yang popular di UK.


Tiada barista macam di Starbucks, so self vending machine. Senang aje nak membuatnya

Boleh buat air panas dan juga sejuk. Rasa pun sedap juga. Kena tunggu lepas bulan puasa la nak cuba lagi cos kalau malam-malam minum kopi, takut tak boleh tidur pulak nanti.

Saturday, 20 May 2017

New place, new hope

Dah beberapa bulan dah we all berpindah ke bangunan baru yang menempatkan semua pekerja di bawah satu bumbung. Dah tak bersepah-sepah dah we all semua, kadang tu ada yang duduk merata-rata sampai susah betul nak berjumpa.

Bila dah masuk bangunan baru, kita buatlah tahlil and bacaan doa selamat sedikit agar semua urusan sepanjang tahun ni dipermudahkan semuanya.

Konsep makanan biasanya adalah potluck, masing-masing bawa serba sedikit makanan then makan sama-sama. Meriah betul dengan pelbagai jenis makanan.

Workstation pun makin luas and selesa sedikit, siap ada partition lagi so adalah privacy sikit if nak lelapkan mata.

Monday, 28 November 2016

Bila geng pantry beraksi

Sesekali bila geng pantry office beraksi memang terbaiklah ruang pantry office dibuatnya. Makanan memang bermacam-macam ada, sampai pebuh meja dibuatnya. Kalau tak lauk pauk, kuih muih dan juga buah-buahan pun jadi juga.

Mee Bandung, nasi goreng dan juga sambal mangga kalau pada yang rajin nak buatnya.

Normally, hari Jumaat biasanya ada sahaja geng yang bersedekah untuk semua orang, selalu yang menjadi kebiasaan adalah nasi lemak la jadi tumpuan.


Nasi lemak Rawang so far antara yang sedap we all rasa selama ni.

Even simple bihun goreng and cucur ikan bilis pun nampak menarik di meja pantry.

Tambah menatik bila ada pulak yang belanja pisang goreng cheese yang super duper sedap menggila nih.

Aduh, kecur juga air liur bila ada pulak yang membawa colek Mak Bee dengan mangga muda. Jenuh mencolek sampai sakit perut dibuatnya.

Ada satu hari tu, tema masakan Pantai Timur pulak. Lauk singgang digandingankan dengan ulam-ulaman serta budu, ikan pekasam dan juga sambal belacan. Memang hebat geng-geng pantri saya ni.

Sepanjang tahun ni, pantry memang tak pernahlah tak ada makanan, ada aje yang membawa makanan walaupun cake ataupun manisan.









Apa-apapun, memang geng pantry saya hebat orangnya. Ada yang bangun seawal pagi untuk memasak membawa bekal ke sekolah, left over food semalam ataupun yang beli di luar. tak kisahlah apa cara pun tapi memang meriahlah pantry dari pagi sampailah tengahri dengan makanan pelbagai jenis dan juga rasa. Betul kata orang, 

Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut, suka hati

Friday, 4 November 2016

Stress buster

Sesekali lepas kerja beriadah dengan officemate, best juga dapat meringankan tahap stress dalam badan after seharian bekerja. Tapi sebelum tu, singgah dulu la beli air Boost, buat penghilang dahaga.

Nak main bowling sebenarnya pastu baru perasan yang tak bawa stokin, kenalah beli stokin baru pulak.

Dapat main 3 frame cukuplah, itupun dah lenguh-lenguh badan dah. Main pun taklah terror mana pun, banyak kali gak masuk longkang tapi yang penting kita cuma nak have fun aje, sesekali hilangkan stress waktu lepas kerja. Baik bersukan dari pergi makan, kan.

Wednesday, 17 August 2016

Geng mangkuk tingkat

Sesekali makan makanan Padang memang best, walaupun set lauk yang diorder asyik sama. Kebetulan pula ada lebih so bungkus bawa office esok la untuk makan di pantry.

Kalau rajin bangun pagi, rajin jugaklah nak menyediakan roti jala untuk dibawa ke pejabat, pot luck sama-sama geng mangkuk tingkat di pantry. Malam sebelum dah msg masing-masing plan nak bawa apa makanan untuk share sama-sama.

Inilah hasil whatsapp geng mangkuk tingkat bila kata nak buat potluck. Bersusun tupperware masing-masing atas meja, dengan macam-macam jenis makanan ada. Macam tak percaya pun ada juga bila semua dapat menyediakan pelbagai jenis makanan yang sedap-sedap macam ni. Alhamdulillah, semoga semua geng mangkuk tingkat saya diberikan kemurahan rezeki yang berpanjangan.

Sesekali dapat makan kuah durian dengan roti jala meng lupa la kejap sesi berdiet kita, tak apalah, makan dengan berhemah, sikit buat rasa aje, bukan bedal semua sampai tersandar kekenyangan.