Nuffnang Ad

Tuesday 25 July 2017

Jalinan Mesra Aidilfitri 2017

Seminggu selepas naik cuti persekolahan, busy pula dengan sambutan raya di tempat kerja. Persiapan hanya mengambil masa dalam 2 minggu sahaja, tolak dengan busy mengajar lagi. Mujurlah ada 2 students yang membantu menjayakan persiapan deco pentas untuk kali ini.

Tema kali ni hanya menggunakan kotak-kotak kadbod sahaja, untuk jimatkan duit. Lagipun macam trend sekarang ni kalau tengok mana-mana deco pun banyak gunakan deco yang ala-ala macam ni.

Contoh terdekat adalah fashionvalet yang menggunakan tema macam ni so kita ceduk la idea sana sikit tapi taklah tiru bulat-bulat, kan. Kita kena kreatif la sikit.

Beria betul my students mendeco all the props, semua siap dalam tempoh seminggu sahaja.

Jadilah konsep Keluarga Mak Minah, lebih kurang keluarga I aje ni.

Terhasillah deco pentas untuk sambutan raya yang simple, tak perlukan budget yang banyak dan juga bertepatan dengan konsep yang diminta oleg Program Director.

Makanan yang dibawa oleh students secara potluck juga meriah sangat. Sporting betul parents bekalkan makanan yang best-best.

Siap buat candy buffet style lagi. Nampak cantik dan meriah sangat.

Aduh, dessert bar ni membuat hati pun tertawan dengan kesedapan kek batik, muffin, brownies dan juga kuih muih raya.

Ada pertandingan stall tercantik dan we all menang stall terbaik untuk peringkat sekolah menengah.

Persembahan istimewa daripada Ismail Izzani, yang merupakan bekas pelajar sekolah ini. I pun pernah jadi cikgu kelas aka Mentor kepada Ismail Izzani ni, until now masih contact and keep in tough with his mom, Datin Suliza Salam.

Bergambar bersama-sama rakan-rakan sekerja yang bertungkus lumus memastikan agar semua perjalanan majlis sambutan raya berjalan dengan lancar dan meriah.

No comments:

Post a Comment