Nuffnang Ad

Saturday, 22 July 2017

Masak-masak Raya

Dah habis raya, dapur pun kenalah berasap juga. Perut pun nak makin nampak mcm orang mengandung dah, badan pun mcm kena pam aje gemuknya so kita kembali ke menu diet kita lah jawabnya.

Bila raya ni rajin la nak membuat Laksa Johor, kalau tak, eii kemalasan melanda sebabnya bukan mudah nak membuatnya, banyak kerja. Tambah pula, rempah yang selalu buat tu dah habis, so kena google mencari resepi yang buat dari scratch pulak jawabnya.

Bila dah siap, masa makan ohhhh nikmatnya tak terkata. Sedap, walaupun nak membuatnya tu payah sangat. Tapi bila dah masuk mulut, terus hilang perasaan tu. Alhamdulilah, nanti Raya Haji la repeat lagi jawabnya.

No comments:

Post a Comment