Nuffnang Ad

Friday 24 July 2015

Ikea dan Raya, berpisah tiada

Kalau raya tak berkunjung ke IKEA memang tak sahlah kan. Ada aje benda yang nak didecokan time-time raya ni.

Ikea baru mengeluarkan koleksi Rayanya untuk tahun ini. Ala-ala Timur Tengah konsepnya. tapi sayangnya, sofa yang we all nak dah habis stok pulak, kena tunggu restock dalam masa beberapa hari sahaja.

Mujur tak membeli apa-apa. Macam nilah keadaan hujung minggu di IKEA, beratur punyalah panjang, mengalahkan ular kena palu.

Mereka bertiga beranak ni tak habis-habis dengan kegilaannya dari Adelaide, LEGO.

 Memilih mini figure The Simpson untuk menambahkan lagi koleksi.

Balik berjalan, terus masuk dapur sambil menikirkan menu apa untuk juadah berbuka nanti. Nampak pula perencah mee bandung Mak Pon yang masih ada lagi so makan mee bandung ajelah kita berbuka nanti.

Bacaan bersama anak-anak sebelum tidur, buku yang bagus untuk mengenali dengan lebih dekat lagi 25 Rasul kita. Bahasa pun mudah difahami serta mudah untuk dibaca oleh anak-anak kecil.

No comments:

Post a Comment