Nuffnang Ad

Thursday, 9 July 2015

Last day In Bangkok

4 hari di Bangkok tidak terasa apa-apa pun, no hassle, just enjoy aje kerja kami sekeluarga. Pagi tu cuaca agak mendung sedikit, and hujan turun renyai-renyai macam sedih aje we all nak balik, kan.

Menu yang sama ajelah sepanjang breakfast disini, omelette and sunny side up menjadi pilihan.

Kemana-mana we all pergi, sure akan singgah di Starbucks untuk membeli mug untuk collection. Dah banyak dah collection mug Starbucks I ni, ada yang dikirim dari kawan-kawan yang pergi oversea, dan ada juga yang we all beli sendiri.

Perut dah kenyang breakfast di hotel tadi, kalau tak boleh lepak kejap mengopi kat sini.

Depan hotel tu ada satu mall yang baru dibuka, konsep lebih kurang macam Kenanga aje, Pratunam Mall tapi since we all sampai awal so kedai masih belum buka lagi. So kita pergi tempat lain dululah jawabnya.

Di Siam Paragon, ternampak pulak Laduree ni, alahai...sedap la pulak

Singgah di Nike kejap untuk membeli-belah, as usual la kan the boys and Daddy yang excited lebih. Tambah excited bila boleh buat nama pada boot pulak tu.

Harga agak murah berbanding dengan di Malaysia, mungkin disini pengeluar kasut Nike so harga pun agak murah. Belilah a few boot untuk anak-aak, mana yang belum keluar lagi di pasaran Malaysia nun.

Dah pilih, jenuh pulak menunggu untuk sessi stitching pada but. Dari dulu memang nak buat, tapi kena pergi Singapore sebab di KL tak ada buat nama unless kena pergi ke kedai sukan di Pertama.

Singgah Yana Restoran lagi untuk makan tengahari. Kali ni menu yang berlainan pulak tapi masih mengekalkan tomyam dan juga telur dadar. Kerabu mangga tu portion untuk sorang tapi yang sampai ke meja dah macam untuk 4 orang makan.

Bila ke Thailand selain ice-cream kelapa ramai yang recommend minum iced tea mereka, rasa agak lain sikitlah dengan teh ais mamak, macam ada rasa lemak-lemak sikit.

Terpegun kejap tengok idea kreatif deco tisu tu. 


Dah settle stitching, balik bilik hotel untuk mengemas-ngemas barang untuk balik semula ke KL. Keluar awal walaupun flight we all adalah last flight tapi tak nak tersekat di dalam em di Bangkok yang maha azab tu.

Sempatlah berjalan-jalan di dalam airport sambil melihat-lihat kedai-kedai disini. Well sempat lagi membungkus pulut mangga untuk dibawa balik.

Puas Daddy mencari jersey pasukan bola sepak Thailand ni sampai mengheret we all semua ke tempat yang tak tahu apa namanya, tapi agak frust bila semua kedai tidak menjualnya. sekali tengok ada kat airport aje, hmm  kalau tahu tak perlulah berbasah ketiak jalan-jalan mencari kedai-kedai tu.

Flight delayed so we all sampai KLIA around 1am, then masing-masing kelaparan so nak makan Burger King tapi sedih bila yang tinggal nugget and fries sahaja cos burger semua dah habis. Apa-apa ajelah, janji perut kenyang.

Keesokan harinya, bangun pagi terus breakfast kat NZ. Alamak, rindunya makan roti canai sama itu teh tarik.

Tengahari pulak, Ibu ajak teman ke Nilai, nak melawat Ucik cos dah janji then we all lunch di Aunty Aini's. Dulu we all memang selalu makan disini, sedap tapi kunjungan kali ini tidak begitu sedap. Lauk pauk da tak terasa kesedapan macam dulu lagi. I prefer Restoran Omak Den yang ada di Melawati lagi.
 

2 comments:

  1. Wow jadual yg hectic...semua tu pengalaman kan....seronok bila berjalan as a one family

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang penat sangat AS, macam tak cukup kaki nak jalan

      Delete