Puasa dah sampai ke penghujung, baru terhegeh-hegeh nak buat entry pasal Ramadhan, bukannya apa my Ramadhan biasa-biasa aje, memasak untuk keluarga. So taknak upload gambar memasak pulak di bulan-bulan puasa ni, takut ada pulak yang terliur. Hahahahaha, macamlah sedap sangat masak tu kan. Tahun ini, Alhamdulillah belum pun menjejakkan kaki ke Bazar Ramadhan, semuanya buat sendiri walaupun simple aje lauk berbuka. Berbuka di luar pula adalah a few times jugak tapi tak larat la nak menghabiskan makanan yang banyak-banyak tu.
Minggu pertama puasa, I telah mendapat undangan daripada Nuffnang untuk ke Iftar bersama #mameecheflontong di Restoran Rebung, Bangsar. I pergi dengan kawan blogger, Anies cos jemputan hanya untuk blogger sahaja. Ingatkan dah lewat cos we all keluar rumah agak lewat, but Alhamdulillah at 630pm dah sampai dah.
Sesampai aje, dah ramai pun orang dalam tu dengan media dan juga pihak pengurusan Mamee. We all yang bloggers ini diberikan satu meja untuk berkumpul.
Majlis berbuka puasa ini juga turut dihadiri oleh celebriti Mamee, Nora Danish dan Chef Dato' Ismail.
Comelnya Cik Nora Danish ni, sangat comel tengok berdepan. Badan pun cantik and kecik molek aje orangnya.
Makanan yang dihidangkan pun sedap-sedap semua, dengan air pelbagai jenis semuanya sedap. Terima kasih kepada pihak penganjur.
Antara bloggers yang turut memeriahkn majlis #mameecheflontong. Seronok berkumpul, mengenal rakan-rakan bloggers yang baru. Terima kasih Nuffnang diatas penghargaan ini.
salam gina .lama dah kty x blogwalking ..selamat hari raya maaf zahir batin
ReplyDeleteterima kasih Kak Atty, Gina pun lama tak blogwalking
Deletelama dah tak dpt undangan dr nuffnang sebab selalu x dpt pergi biasanya..hahaha
ReplyDeleteala Elliss, Gina pun tahun ni tak banyak dapat..tahun ni baru 3 after 4 tahun tak buat
DeleteMudah-mudahan 1 hari nanti saya ada peluang macam ni
ReplyDeleteInsyallah, saya pun lama nak tunggu dapat peluang macam ni juga
Delete