Nuffnang Ad

Sunday, 26 July 2015

Dari Dapur Gina Manan versi 1

Lama tak update menu masak-masak I kan. Sesekali kenalah asah skill memasak yang lama terpendam tu. Orang perempuan ni ni tipulah kalau tak pandai memasak, selalunya tak pandai tapi if dah lama-lama mencuba tu terus la pandai. Malulah jadi perempuan kalau tak pandai memasak, ye tak?

Pisang Goreng Cheese yang menjadi kegilaan orang-orang Malaysia sekarang. Merata ceruk ada aje ditepi-tepi jalan orang duk buka gerai menjualnya. Sesekali nak juga mencuba kehebatannya tapi rasanya sedap lagi pisang goreng biasa cicah sambal kicap tu.

Kalau ada mood rajin, karipap pun boleh buat sendiri, tapi kadang tu tak sempat nak frozenkan, tau-tau dah habis digoreng and makan.

Mood diet masih diteruskan, itupun mcm air laut, ada pasang dan surutnya. tapi Insyallah, semoga KPI dapat dicapai menjelang akhir tahun ini.


Snek malam-malam cukuplah makan pisang and honey sahaja.

Sesekali rajin juga membuat smoothies daripada sayuran dan juga buahan-buahan, tapi antara malas dengan rajin ajelah kan.

Nasi tetap diambil, ikut cara Kevin Zahri..segenggam nasi memadai.

Kadang tu pagi-pagi tak sempat nak breakfast, just makan pisang and cracker with cheese spread aje, cukuplah nak membuatkan badan bertenaga untuk membuat kerja-kerja dirumah.

Kadang-kadang kalah dengan petai dan juga masak lemak cili api daging salai dengan rebung...grrrrrrr.

Nak kurus, semua kena ketepikan dulu, buat yang perlu dulu. Makanan jgn sampai tak makan langsung, just makan dengan minimal serta berhemah la, janganlah semua pun nak hentam keromo aje.

No comments:

Post a Comment