Masih bercerita mood puasa lagi, kalu ni kita cerita pasal persiapan Raya la pulak. Tahun ni persiapan raya ala kadar aje, dah borong banyak baju masa we all pergi Australia bulan Mac yang lepas. Baju dan kasut semua dah beli awal-awal lagi. Tapi naklah juga bagi anak-anak merasa membuat persiapan di KL pulak kan, so ke KLCC la kita.
Dah datang dah kes merajuk dia, gara-gara biskut Koffee Kisses yang dia paling suka makan tu. Tak sabar-sabar nak beli, tak boleh kata tunggu kejap, dan-dan tu jugak nak. bukan I tak nak belikan, tapi waktu tu awal lagi, takutlah pulak sibuk nak makan.
Daddy Jack dah memikul tanggungjawab baru, so kenalah bergaya baru dengan memegang tanggungjawab yang besar tu.
Biasalah kan, baju budak lelaki hanya seluar dan kemeja sahaja. Dari dulu, Polo menjadi pilihan sebab nampak smart dan juga style.
Levis Kids pun dah buka di KLCC, tapi sayangnya banyak saiz yang dah tiada. So kenalah mencari di tempat lain pula.
Tinggalkan mereka ni kejap aje, dah menyinggah tempat lain pulak. Ke mana lagi kalau tak ke kedai LEGO. Ada aje benda yang nak dibelinya dalam ni.
Dah puas bershopping, malas pulak nak masak berbuka so berbuka di luar la kita. Kali ini di Riverside PWTC menjadi pilihan. Banyak juga makanan sampai tak tahu mana satu nak memilihnya. So kita makan perlahan-lahan, makan dengan berhemah.
Antara makanan yang sempat disnap, itupun ada banyak lagi makanan yang nak dicuba. Kambing golek habis licin, mujur dapat merasa serba sikit.
Tertipu rupanya, ingatkan sambal daun kayu tempoyak tu, bau dah macam ada rupanya pucuk ubi masak tempoyak aje. Bedal ajelah, janji ada rasa-rasa tempoyak tu. Weekend nak kena buat la sambal daun kayu tu, gamaknya. Lama dah nak makan.
No comments:
Post a Comment