Nuffnang Ad

Sunday 14 June 2015

LEISURE TIME

Hujung minggu biasanya macam ni ler we all satu family if tak keluar ke mana-mana. Ada masanya letih and malas nak bersesak-sesak dengan orang ramai so lepak rumah sambil layan anak-anak main LEGO pun ada bagusnya.

Dah siap semua kerja rumah, menikmati hari-hari petang dengan bermain snooker. Baru beberapa bulan buka, semak aje berbalut letak kat depan pintu rumah. So buka, and then bila ada waktu lapang, bolehlah main anak-beranak.

Sekarang ni sibuk main UNO pulak satu family. Satu permainan kad yang memang we all enjoy main.

Daddy mencuba his record collection yang dibeli masa di Adelaide dulu.

Terasa old school pulak mendengar records, tapi taklah lagu-lagu oldies, mostly lagu-lagu yang menjadi pujaan we all la kan.

Lepas penat main snooker, sambung main fussball pulak. Dah macam kedai snooker pulak rasa hall rumah ni.

Sementara menunggu mandi petang, sempat pulak bermain dengan Jack and Neverland Pirate dan juga Ninja Turtles.

Malam, sempat juga mengadap Cerekarama atau drama-drama Melayu. Itulah antara aktiviti kami anak beranak if tak sibuk keluar berjalan-jalan di luar. Memang suka menghabiskan masa di rumah sahaja, tak tahan dengan cuaca yang panas serta kerumunan manusia yang ramai di shopping malls.

No comments:

Post a Comment