Waktu senggang macam ni keadaan di rumah, bermain sesama samada video game ataupun foosball, berperang la satu rumah dengan kebisingan yang melanda.
Kereta Cars ni beli masa we all di Adelaide lagi, tapi dah semakin tak muat dah.
Petang-petang main dengan kawan-kawan di jalan, main bola ala-ala Fifa Street katanya. Tak kisahlah, janji ada aktiviti petang-petang.
Sementara anak-anak terjerit pekik main bola, mak sempatlah berlari-lari nak atas treadmill selama 30 minit nak pecahkan lemak.
Malam-malam dikala bosan duduk di rumah, kita berjalan ke KLCC sambil mencuci mata melihat pemandangan orang membeli-belah.
Dari dulu, suka sangat beli roti di Sun Moulin ni, rotinya sangat gebu dan sedap. Sedap makan sapu dengan kaya, mak aii, terasa-rasa kesedapannya di kala ini.
Yeah, tengok ajelah Sale sana sini, nak membeli belum ada keperluannya lagi.
Kedai ini memang keperluan bapak dan juga anak-anaknya, tak tahulah apa lagi yang dicari didalam ini, kononnya nak tengok-tengok aje tapi keluar sure ada yang tersangkut punya.
No comments:
Post a Comment