Duduk rumah ni mulalah teringat bila melakukan aktiviti bersama-sama the
boys di Adelaide dulu. Dulu banyak masa untuk buat aktiviti bersama cos
banyak sangat waktu lapang but bila dah balik Malaysia terkejar sana
sini sampaikan rasa weekend tu duduk rumah untuk berehat aje.
We all banyak juga pergi ke taman-taman untuk berpicnic, tapi ada juga sesekali ke muzium, fair ataupun menonton circus buat pertama kalinya di Adelaide. Bila tiba musim cuti sekolah, memang banyak aktivit menarik untuk kanak-kanak, ada yang percuma dan ada yang kena bayar tapi sesekali kena bayar, apalah salahnya kan.
Pertama kali membawa the boys untuk melihat circus. Dulu I masa kecik-kecik pun Ibu dan Ayah rajin juga bawa tapi bila dah lama-lama tak perasan pulak ada tak circus di Malaysia, last yang tahu masa tu heboh dengan kedatangan Royal London Circus after that terus senyap aje bab circus ni.
Sebelum masuk, bagi tenangkan diri dulu, duduk lepak kat luar sambil tengok hiburan yang disediakan.
Tak ingat pulak berapa harga tiketnya, but mostly we all ambil untuk family package, murah sikit.
Tiket dah ready and the kids pun dah over excited nak tengok circus
Dalam show tu tak boleh nak ambil gambar bila persembahan dengan haiwan, takut haiwan terperanjat kut bila tengok flash from kamera and akan membahayakan penonton.
Nak tengok circus so baju pun kena berunsurkan haiwan juga
Sementara break tu, sempatlah melayan FB dan juga email yang masuk..mcm la busy benor, padahal surirumahtangga aje.
Ada juga kanak-kanak yang berpeluang untuk menaiki pony dan juga kuda, bukan free tapi kena bayarlah.
Nearly 1 hour jugaklah duduk dalam tu, tengok persembahan haiwan-haiwan tu. Just a simple circus aje, at least dapatlah bagi the boys some experience sikit, kan.
Insyallah, I akan cuba untuk memenuhi masa lapang my family di Malaysia ni, Biarlah kena bayar harga masuk sekalipun janji the boys ha;ppy and ada some experience melihat atau membuatnya. List for 2014 dah buat untuk apa yang akan we all buat bersama-sama tak kira cuti sekolah ataupun hujung minggu.
No comments:
Post a Comment