Lepas Traders Hotel, Ayah ajak berbuka di Seri Pacific pulak. Ingatkan tak ramai, rumanya sampai penuih dewan ballroom tu dengan orang. Untuk malam tu sahaja, sampai 600 px sahaja. Makanan pun punyalah banyak, sampai kena buat satu pusingan besar untuk pilih makanan. Dessert bar sahaja dah penuh kuih muih yang menyelerakan.
Rasanya trend buffet kat hotel sekarang nie kena ada kambing golek, baru ramai orang nak datang. Tapi memang ya la, gerai kambing tetap menjadi pujaan ramai.
Keledek, keladi, pisang, dan juga cempedak goreng. Berbeza dengan Traders Hotel, kat sini ada sambal kicap..best, best
Bahagian mee and kuay teow goreng. I ambilkan untuk Ryan dulu, sedap mee goreng mamaknya tapi bila I bangun untuk ambil for my food pulak, terus tak sedap. Agaknya die dah penat, masak banyak kali so rasa pun dah so-so ajelah.
Terbaik !!!! siap ada section sup gear box, dan juga mee and bihun sup. tak sempat nak merasa makan sup sebab dah banyak sangat makanan masuk dalam perut.
Air minuman yang pelbagai jenis, ada air tebu, bandung, teh bunga serta tak lupa minuman panas..kopi dan teh.
Tak cukup outdoor, indoor pun ada juga beberapa section makanan antaranya pecal, sambal colek dan juga ulam-ulaman.
Sebelum berbuka, bagi my boys makan dulu, kalau tak nanti huru hara jadinya. Alhamdulillah, my boys makan dengan penuh selera, maybe sebab ada banyak pilihan makanan yang mereka suka macam pasta and also satay.
My first pinggan untuk berbuka puasa, didahulukan dengan kuih manis dulu. Sedap serimukanya, lebut pulut dan juga bahaguan atasnya.
Lepas tu mencuba untuk makan nasi pulak..lauk pauk semuanya sedap, tambah sedap bila ada sambal belacan, tempoyak, budu sikita and cencalok. Campur semua, memang sedap.
Last sekali makan bubur kacang and also pengat pisang. Bila makan pengat pisang, rasa macam satu pengalaman yang indah..heheheh, maklumlah dah lama tak makan pengat, pisang, cekodok pisang masa di Adelaide sebab pisang tersangatlah mahal. Kalau nak beli pun, sbb the boys nak makan, kalau nak buat kuih muih ni mmg taklah.
Masa nak balik, tengok orang tengah beratur panjang sambil pegang pinggan, ehhh ??? ada benda yang we all lupa makan ker ? Bila pergi rupa-rupanya....Ada buffet makan durian pulak. Patutlah orang beratur panjang. Ada bebrapa bakul penuh dengan durian untuk dijamu kepada para tatmu. Siapa taknak makan durian free, kan.
Ryan dok ralit tengok the kirchen crew mengopek durian. Kena tunggu dalam 10 minit jugaklah sebelum die nak bangun dari situ. Apa-apa pun kami pulang dengan perut yang tersangatlah kenyang. Sometimes, I wonder jugak, kalau buffet banyak makanan macam nie, larat ker orang nak makan. Sayang aje bila tengok ambik banyak-banyak tapi makanan tak habis dibuang macam tu sahaja.
No comments:
Post a Comment