Dulu masa first time makan Nasi Kabsa di rumah Najwa terus jatuh cinta...rupanya Najwa beli rempah tu di kedai Afghan, tempat kami beli ayam daging selalu, tapi bila pi mmg tak ada stok. Najwa pun cakap juga, dah lama tak nampak stok rempah kabsa tu. So, bila dah duduk rumah tak ada buat apa-apa, gigih mencari resepi nasi kabsa nie until I satu resepi yang menggunakan rempah-rempah yang dibuat sendiri. Ohh taklah rumit membuat rempah asas kabsa nie. Meh kita share resepi sikit yer
Bahan Rempah Khabsa:
1 sudu besar bunga cengkih
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
2 sudu besar ketumbar
1½ sudu besar buah pelaga
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu teh serbuk lada hitam
Cara membuat:
Goreng kering 5 bahan pertama. Bila terbit bau, angkat dan kisar halus. Campur dengan rempah lain. Simpan dalam bekas kedap udara.
No comments:
Post a Comment