Malam terakhir kami di Adelaide, kami diundang ke rumah Kak Azie untuk iftar. Kata Kak Azie, tak payah la nak pikir-pikir masak dah..dah nak balik KL dah. Macam sayu aje bila Kak Azie cakap macam tu sebab Kak Azie tak balik, beraya di Adelaide sahaja. Tak apa Kak, tahun depan akak sure balik beraya di Malaysia.
I menghabiskan apa yang ada dalam fridge aje untuk dibawa ke rumah Kak Azie, antara yang I boleh terpikir nak buat is Cucur Udang Geragau. Kebetulan pula, ada sepaket udang geragau dalam pantry cabinet so habiskan takut rosak pulak nanti. First time juga buat cucuk guna tepung yang dibuat sendiri from scratch, selalunya guna yang ADABI tu aje. Nampak menjadi, so lepas nie tak payah la nak angkut bawak balik tepung cucur segera tu.
Teringin pulak nak makan keledek goreng lepas tengok kat supermarket keledek yang besar-besar. Tambah pula bila tahu Kak Azie buat soto, sure ada sambal kicap..hmm apa lagi keledek goreng cicah sambal kicap, terangkat la sikit.
Bahan-bahan untuk soto. Kak Azie buat soto untuk pertama kalinya untuk Daddy Jack yang tak makan nasi.
Kak Shidah pun turut datang memeriahkan majlis iftar. Kebetulan pula, Hj Arif dah kembali ke Malaysia petangnya so Kak Shidah datang dengan anak-anak sahaja.
Kak Azie dok risau semua tetamu taknak duduk kat kerusi meja makan...heheheh, dah terbiasa la kak, makan kat bawah, seronok aje.
Menu utama adalah Nasi Kabsah yang Kak Azie import khas dari Arab..heheheh taklah..Kak Azie minta Najwa tolong ajarkan macam aman cara nak buat nasi kabsah nie. Najwa memang terror bab-bab buat nasi Arab nie. Nanti I pun nak belajar jugaklah. Terima kasih buat Kak Azie sekeluarga kerana menjemput kami untuk iftar dan juga bungkuskan makanan untuk sahur.
rasanya meriah lagi sambut puasa kt sana ye gina., selalu gak ada majlis berbuka
ReplyDelete